BTS: Avengers Tanpa Visual Effect

Sembang

Lagi berapa jam je lagi kita nak tengok tayangan filem yang dinanti-nantikan, Avengers: Endgame. Korang dah ready ke belum? Dengar cerita ada yang beli tiket wayang pukul 7.00 pagi. Awal gila tu. Yang dah tengok nanti jangan sibuk nak bagi spoiler lak. Ada yang mengamuk macam Hulk kang.

Sementara kita nak tunggu Avengers: Endgame ditayangkan, kami nak kongsikan disebalik tabir pembikinan filem Avengers: Infinity War tanpa visual effect macam yang korang tengok kat dalam wayang.

Bukan New York, Tapi Atalanta

Image Via : thisisinsider.com

Scene ni menunjukkan yang Doctor Strange, Tony Stark, Bruce Banner dan Wong tengah bertarung kat New York. Tapi sebenarnya pembikinan scene ni diadakan kat Atalanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Image Via : thisisinsider.com

Cull Obsidian Tak Segagah Dalam Dunia Realiti

Cull Obsidian (kiri) dan Ebony Maw (kanan) datang ke bumi dalam scene pertarungan untuk dapatkan Time Stone daripada Doctor Strange. Teruk gak Doctor Strange, Tony Stark, Bruce Banner dan Wong berlawan dengan dorang masa ni. Korang nak tahu macam mana rupa Cull Obsidian ni sebenarnya? Tengok gambar bawah ni.

Image Via : thisisinsider.com

Watak Cull Obsidian dilakonkan oleh pelakon lasak atau stuntman, Terry Notary. Sebelum ni Terry Notary pernah gak jadi stuntman untuk filem Planet of the Apes.

Thanos Guna Cardboard

Image Via : thisisinsider.com

Cardboard kat atas kepala Josh Brolin untuk melakonkan watak Thanos tu sebenarnya bertujuan sebagai penanda untuk pelakon lain pandang mata Thanos, yang ada fizikal lebih besar dan tinggi daripada dorang. Kalau scene Thanos sorang-sorang, Josh Brolin tak pakai pun cardboard tu.

Image Via : thisisinsider.com

Doctor Strange Terbang Betul

Image Via : thisisinsider.com

Masa scene Doctor Strange berjaya diculik oleh Ebony Maw dan tergantung di udara, Benedict Cumberbatch sendiri yang berlakon tanpa menggunakan stuntman.

Image Via : thisisinsider.com

KATALAKI: Memang patut la bajet untuk filem-filem Hollywood selalunya berjuta-juta. Tengok la macam mana proses pembikinan dan teknologi yang dorang gunakan.

Last modified: 9 May 2019