Macam Mana Nak Sebut Blink-182??

Sembang

Sumber : Jeff Kravitz/FilmMagic Inc

Korang ingat lagi tak band punk rock yang pernah famous dengan lagu “All The Small Things”, “I Miss You”, “The Rock Show” dan banyak lagi lah. Siap pernah buat music video bogel.

Blink-182 yang ditubuhkan pada tahun 1992, dianggotai oleh Tom DeLonge sebagai vokalis dan guitarist, Mark Hoppus sebagai vokal dan bassist, dan Scott Raynor sebagai drummer. Pada tahun 1998 baru lah drummer terkenal, Travis Barker join Blink-182 menggantikan Scott Raynor yang ada masalah penggunaan arak.

Sumber : Rolling Stone

Blink-182 pernah berpecah pada tahun 2005 disebabkan ada perselisihan faham antara dorang. Pada tahun 2008, baru lah Blink-182 kembali bersama selepas berlaku beberapa insiden yang menyebabkan dorang bertiga terfikir untuk kembali reunion. Salah satu insidennya ialah Travis Barker terbabit dalam kemalangan kapal terbang yang membawa 6 orang penumpang. Hanya dua orang je yang terselamat termasuk Travis Barker.

Lepas vokalis Tom DeLonge buat keputusan untuk keluar daripada Blink-182 pada tahun 2015, Matt Skiiba dipilih oleh Mark Hoppus dan Travis Barker untuk menggantikan Tom DeLonge sebagai vokalis sehingga kini.

Anggota Terkini Blink-182

Jap, daripada tadi korang sebut Blink-182 tu macam mana? “Blink One Eighty Two“?, “Blink One Eight Two” ke “Blink Satu Lapan Dua“?

Semalam kecoh bila stand-up comedian dan penulis untuk rancangan TV popular, The Late Late Show with James Corden, Ian Karmel ada tweet macam mana nak sebut Blink-182.

James Corden sendiri pun siap reply tweet tu bagi tahu macam mana sebenar-benar-benarnya nak sebut Blink-182.

Akhirnya, vokalis asal band Blink-182 pun masuk campur untuk bagi tahu cara sebutan sebenar. Tapi macam lagi pening je.

Nahh, ni jawapan terakhir mengenai cara sebutan sebenar Blink-182 daripada bassist Blink-182 sendiri, Mark Hoppus.

KATALAKI: Kalau sebut “Kenyit Satu Lapan Dua” ok ke?

Last modified: 20 November 2018