Macam Mana Nak Tahu Aplikasi Paling Banyak Makan Bateri Kat iPhone

Life x Tips, Sembang

Kalau korang perasan yang iPhone korang selalu sangat habis bateri, mungkin dah tiba masanya untuk korang check aplikasi apa yang korang selalu sangat pakai dan menggunakan banyak bateri. Tapi sebelum tu, korang boleh gak cuba baca artikel punca bateri smartphone cepat habis yang kami kongsikan hari tu. Mungkin boleh membantu korang masa powerbank pun dah kong.

Sebelum kita tengok macam mana cara nak semak aplikasi apa yang gunakan banyak bateri, cara-cara yang kami kongsikan ni melalui iPhone yang menggunakan iOS 12. Kalau dah keluar iOS 13 nanti, mungkin lain pula layout dan cara-caranya.

Langkah pertama, korang boleh klik Settings dan cari bahagian Battery.

Image Via : Thelaki

Image Via : Thelaki

Dah masuk dalam bahagian Battery, korang akan nampak info-info yang berkenaan dengan bateri iPhone korang termasuklah aplikasi yang paling banyak gunakan bateri dalam masa 24 jam. Yang paling kerap layan Netflix kat iPhone tu, dah tentu sekali la aplikasi Netflix yang paling banyak makan bateri.

Image Via : Thelaki

Selain tu gak, korang boleh tengok tahap kesihatan bateri iPhone korang tu kat bahagian Battery Health.

Image Via : Thelaki

Kalau peratusan Maximum Capacity tu rendah, maknanya ketahanan bateri iPhone korang makin berkurang dan bateri akan selalu cepat habis.

Image Via : Thelaki

Jadi, kena sentiasa bijak untuk jaga kesihatan bateri iPhone korang selain daripada jaga kesihatan girlfriend korang gak.

KATALAKI: Peringatan, kalau smartphone korang dah rosak jangan buang merata nanti boleh menyumbang kepada pencemaran sisa toksik.

Last modified: 11 July 2019