Macam Mana Rupa Stadium My Dinh, Hanoi?

Aktif, Bola

Isnin, 10 Disember 2018, FAM dah announced yang tiket untuk final kedua Piala Suzuki AFF 2018 antara Vietnam dan Malaysia yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi dah boleh beli dengan FAM. Yabedabedu!

Termenung apa lagi tu bosskurr. 3,000 keping tiket je yang disediakan oleh FAM untuk penyokong Harimau Malaya yang akan gegarkan Stadium My Dinh 15 Disember nanti! Lambat tinggal, tengok kat rumah atau kat mamak je.

Sebelum kita ramai-ramai turun ke Stadium My Dinh nanti, jom kita usha dulu macam mana rupa stadium ni. Onz ke tak onz.

Stadium My Dinh ni takde la besar macam stadium kesayangan kita, Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium My Dinh ni berkapasiti sebanyak 40,192 tempat duduk. Stadium ni siap dibina pada tahun 2003 sempena Sukan SEA 2003. Masa tu Vietnam jadi tuan rumah.

Sumber : Getty

Stadium kedua terbesar kat Vietnam ni juga merupakan stadium rasmi untuk pasukan bola sepak Vietnam. Kalau ada friendly ke Piala Suzuki AFF ke memang stadium ni yang akan digunakan oleh team Vietnam sebagai home. Jom kita layan gambar-gambar suasana kat Stadium My Dinh masa Piala Suzuki AFF.

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

KATALAKI: Dah boleh standby cari port kalau Harimau Malaya berjaya julang Piala Suzuki AFF 2018!

Last modified: 17 December 2018