Macam Ninja – Style Ke Techwear ni?

Life x Tips, Sembang

Dalam banyak-banyak hasil ciptaan ataupun rekaan pakaian yang dah ada kat serata dunia ni. Pada tahun ini muncul pula dengan sebuah rekaan ataupun fashion style yang dikatakan sedang meningkat naik terutama sekali di negara-negara antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Techwear merupakan gaya pakaian yang sedang dinaikkan di dalam industri fashion avant-garde. Ianya simple dan senang cerita ia adalah pakaian yang akan menutupi keseluruh tubuh badan si pemakai yang ada contoh seperti dilengkapi dengan heat insulation, breathability, kalis air serta accessory untuk penyimpanan.

Walaupun pada asasnya, jika disekali pandang pada mata kasar. Techwear kelihatan hanya sekadar mesh tees dan jacket yang bulky dengan pocket yang banyak. Banyak jenama telah muncul untuk mengambil tempat dan mencuri tumpuan pengemar budaya fashion Techwear. Dengan ini, ia telah membantu mengembangkan lagi komuniti peminat yang melihat pakaian mereka sebagai fashion style yang berlainan serta mengikut peredaran masa zaman kini.

Apa Sebenarnya Gaya Techwear?

Untuk terangkan kepada korang, secara kesimpulannya, Techwear adalah satu gaya yang memberi tumpuan kepada pakaian utilitarian dimana ianya menyenangkan si pemakai gaya Techwear. Ianya tidak semestinya melibatkan sebarang jenis teknologi yang amat canggih namun style Techwear ini memudahkan pemakai untuk kelihatan sentiasa bersedia untuk sebarang aktiviti lasak ataupun tidak.

Contoh sepasang kasut Nike SF-AF1 bukan saja nampak stylo, tetapi ianya juga dilengkapi dengan teknologi kalis air dan mempunyai sol tebal, tahan lama, dan reka bentuk atas yang tinggi yang memisahkan kaki dan kaki bawah anda daripada element luar.

Siapa Yang Pakai Techwear Ni?

Kalau di Amerika Syarikat, gaya Techwear ini selalunya dikenakan buat golongan professional dalam beberapa industri seperti nike messengers, security forces dan pekerja kontrak. Dan kebanyakan daripada mereka memakai gaya ini bukan saja untuk kelihatan cool, tetapi juga sebagai pelindung dan keselamatan mereka ditempat kerja. Tapi Techwear juga amat popular dikalangan peminat dunia cosplay dan golongan “nerdy” yang ingin kelihatan lebih cool seakan gaya seperti watak dalam filem cyberpunk.

Tak kisah lah kalau nak pakai untuk bekerja ataupun ingin kelihatan seperti salah satu watak dalam filem Naruto sekali pun. Apa yang penting korang kena buat research yang sepenuhnya jika berminat untuk berkecimpung dalam gaya lifestyle Techwear ini dan pastikan ianya juga kena dengan lifestyle korang. Dah ada juga jenama-jenama yang popular seperti Adidas, Nike, Carhartt yang sudah pun mengeluarkan produk edisi Techwear. Pastikan korang pakai dengan betul dan tidak memalukan diri hehe…

KATALAKI: Dah sama macam Rock Lee dah Techwear ni kan?

Last modified: 1 June 2019