Machine Gun Kelly – Perompak Bank Terkenal!

Sembang, ZeKool

Bila sebut nama Machine Gun Kelly, mesti ramai yang ingat aku nak bercerita tentang Machine Gun Kelly (MGK), rapper terkenal betul tak? Tapi sebenarnya Machine Gun Kelly yang aku nak cerita ini adalah seorang perompak bank yang terkenal pada masa dulu.

George Kelly Barnes ataupun dikenali sebagai Machine Gun Kelly telah dilahirkan pada 18 July 1895 di Memphis, Tennessee. Kelly dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan agak berada juga. Dia telah menyambung pelajaran di Mississippi University pada tahun 1917. Di University, dia dikatakan antara pelajar yang agak bermasalah dari segi akademi dan juga kelakuan.

Dia telah berhenti belajar apabila dia telah menemui dan berkenalan dengan seorang gadis bernama Geneva Ramsey. Selepas beberapa bulan berkenalan, mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin. Mereka kemudiannya mempunyai dua orang anak lelaki.

Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama kerana isterinya merasa tertekan disebabkan Kelly tidak mempunyai pendapatan dan kerja yang tetap. Pada mulanya dia berkerja sebagai pemandu teksi namun hasil pendapatannya tidak dapat untuk menampung belanja mereka sekeluarga.

Tertekan dengan apa yang menimpa dirinya, Kelly cuba untuk mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi seorang bootlegger ataupun pembekal arak-arak untuk pasaran gelap. Namun sekali lagi nasib malang menimpa dirinya apabila kegiatannya telah dihidu pihak berkuasa dan akhirnya dia telah diberkas. Dia telah dipenjara selama tiga tahun di Leavenworth Penitentiary, Kansas.

Selepas keluar dari penjara, Kelly telah berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita bernama Kathryn Thorne pada tahun 1930. Kathryn Thorne ini merupakan watak penting dalam terciptanya Machine Gun Kelly kerana dia merupakan orang yang bertanggungjawab menghadiahkan Thompson Submachine Gun pertama kepada Kelly. Kathryn juga menyuruh Kelly untuk berlatih menggunakan machine gun ini sehingga dia betul-betul mahir.

Dengan kemahiran ini, Kelly mula merompak bank menggunakan machine gun kegemarannya. Bagi memastikan dia menjadi terkenal dan menjadi bualan semua orang, Kathryn mula menyebarkan cerita tentang Kelly di kelab-kelab malam tempat penjenayah terkenal selalu datang.

Pada tahun 1933, nama Machine Gun Kelly mula menjadi sebutan orang ramai. Dia juga turut menjadi buruan FBI dan mereka telah mengklafikasikan dia sebagai Public Enemy Number One. Dia dikatakan telah melakukan rompakan disemua bank-bank besar sekitar Amerika Syarikat.

Pada tahun yang sama, Kelly dan isterinya merancang untuk melakukan satu lagi jenayah. Mereka berdua bersama dengan seorang lagi rakan Kelly bercadang untuk menculik Charles Frederick Urschel, seorang tokan minyak terkenal di Oklahoma City.

Kelly akhirnya melakukan penculikan pada 22 July 1933 ketika Charles dan rakan-rakannya sedang melakukan parti di rumahnya. Kelly telah menceroboh masuk ke rumah Charles dan kemudianya menculik dia dan rakannya Walter R. Jarrett. Dia kemudianya terus memandu ke tempat yang jauh daripada orang ramai. Pada pertengahan jalan, mereka telah melepaskan rakan Charles kerana mereka hanya inginkan duit dari keluarga Charles sahaja.

Charles telah dibawa ke sebuah ladang di Paradise, Texas. Kelly telah memberitahu keluarga Charles yang andaikata mereka ingin lihat Charles selamat, mereka kena membayar wang pampasan sebanyak USD200,000 dengan segera. Tanpa membuang masa keluarga Charles bersetuju untuk membayar pampasan ini.

Selepas lapan hari menerima surat ugutan daripada Kelly, keluarga Charles telah meninggalkan duit pampasan yang mereka minta di LaSalle Hotel dan pada hari esoknya, Kelly telah melepaskan Charles di sebuah restoran di Oklahoma. Namun ini merupakan satu tindakan yang bijak dari Kelly kerana semasa Charles diculik, dia telah mendengar segala perbualan Kelly bersama rakannya dan memastikan dia mengetahui semua detail tentang persekitarannya.

Sebaik saja dilepaskan, Charles telah berjumpa dengan pihak polis dan menceritakan segalanya. Dengan maklumat yang diberi, pihak berkuasa berjaya mengesan tempat Charles diculik namun Kelly sudah lama lari dari kawasan tersebut.

Kelly bersama-sama isterinya telah melarikan diri ke dari satu pekan ke satu pekan bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesannya. Semakin hari pihak berkuasa semakin hampir untuk mengesan lokasi Kelly dan ini membuatkan Kelly merasa marah. Dia telah menghantar satu lagi surat kepada keluarga Charles dan pihak berkuasa yang jika mereka masih mencari Kelly, ahli keluarga mereka akan berada dalam keadaan bahaya.

Kelly akhirnya kecundang juga apabila pada 26 September 1933, pihak berkuasa berjaya mengesan Kelly dan isterinya sedang bersembunyi di Memphis dan pada 12 Oktober 1933, Kelly dan isterinya telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara seumur hidup. Dia telah dimasukkan ke Leavenworth Prison manakala isterinya dimasukkan ke Cincinnati Federal Prison. Disebabkan Kelly selalu mendatangkan masalah kepada banduan lain, dia kemudianya telah dimasukkan ke Alcatraz, sebuah penjara yang mempunyai kawalan yang sangat ketat.

Kelly akhirnya meninggal pada tahun 1954 di usia 54 tahun. Isteri Kelly pula berjaya menyelesaikan hukumannya dan telah dilepaskan pada tahun 1958. Sebaik keluar dari penjara, Kathryn telah berkhidmat sebagai kerani disebuah hospital di Oklahoma. Dia akhirnya meninggal pada usia 81 tahun.

KATALAKI: Kelly dengan isteri dia boleh jadi relationship goals ke? hahaha!

Last modified: 3 January 2020