Mafia: Definitive Edition, Kisah Pertama Mafia Dalam Versi HD

Game, Tech

Selain daripada permainan video Grand Theft Auto, Mafia juga merupakan salah satu permainan video yang mengetengahkan unsur-unsur jenayah dalam jalan cerita, mencipta kejayaan menerusi beberapa siri antaranya Mafia pada tahun 2002 di PlayStation 2, Mafia II pada tahun 2010 di PlayStation 3 dan Mafia III pada tahun 2016 yang boleh dimainkan di PlayStation 4. Perbezaan ketara di antara permainan video Grand Theft Auto dan Mafia adalah masing-masing berada di zaman yang berbeza, Grand Theft Auto di zaman moden dan Mafia berlaku pada tahun 1930-an.

Berita baik untuk korang yang pernah merasa main game Mafia yang mula dipasarkan pada tahun 2002, permainan video terbaru, Mafia: Definitive Edition akan mula dipasarkan bermula 28 Ogos 2020, boleh dimainkan di PlayStation 4, Xbox One, Google Stadia dan Microsoft Windows. Sebelum kita fahamkan satu per satu mengenai Mafia: Definitive Edition, korang boleh layan dulu trailer kat bawah ni.

Untuk memudahkan pemahaman korang, sebelum ni Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition dah pun dipasarkan lebih awal. Mafia II: Definitive Edition merupakan versi remastered kepada Mafia II yang kini boleh dimainkan di PlayStation 4 dan juga Mafia III: Definitive Edition yang disertakan sekali dengan beberapa downloadable content (DLC).

Yang terbaru, Mafia: Definitive Edition adalah versi remastered dan boleh dikatakan juga versi remake, memandangkan banyak pembaharuan yang akan ditampilkan berbanding game Mafia yang dimainkan di PlayStation 2 pada tahun 2002. Kelainan terbaru yang ditampilkan dalam Mafia: Definitive Edition termasuk lah grafik jauh lebih gempak dan real, kesan bunyi terbaru yang bersesuaian dengan kemampuan PlayStation 4 dan beberapa lagi ciri-ciri terbaru untuk bersaing dengan permainan video zaman sekarang.

Kalau korang tak pernah langsung main game Mafia seumur hidup, game ni menceritakan tentang seorang karakter yang bernama Tommy Angelo, secara tidak sengaja terlibat dalam permusuhan dua keluarga Mafia dan seterusnya ditawarkan untuk menjadi salah seorang ahli Mafia. Sejak dari tu, bermula lah kisah jatuh bangun Tommy Angelo dalam permainan video Mafia.

Menghabiskan masa di rumah dengan bermain macam-macam permainan video merupakan salah satu normal baharu yang diamalkan oleh penduduk dunia. Waktu sekarang ni gak lah banyak game yang gempak-gempak mula dipasarkan.
KATALAKI: Time PKP ni la masa yang terbaik duduk rumah dan layan game-game kat konsol

Last modified: 20 May 2020