Mahal Betul Harga Samsung Galaxy Fold!

Gadget, Tech

Bila bercakap smartphone yang boleh lipat, Samsung bukanlah brand pertama yang keluarkan smartphone seperti ini. Sebelum ini sebuah brand dari China, Royale telah pun menunjukkan smartphone boleh lipat mereka sebelum Samsung.

Namun semalam, Samsung telah pun menunjukkan kepada umum Samsung Galaxy Fold, Smartphone boleh lipat mereka berserta spec, harga dan release date. Boleh dikatakan Samsung Galaxy Fold telah overshadow pelancaran Samsung Galaxy S10.

Bercakap tentang spec, Samsung Galaxy Fold mempunyai screen sebesar 4.6 inci display bila berada dalam smartphone mode. Bila berada dalam smartphone mode, phone ini nampak sangat tebal dan buatkan aku terpikir macam mana orang yang beli smartphone ini nak simpan phone dia dalam poket haha!

Bila di dalam tablet mode, Samsung Galaxy Fold akan mempunyai 7.3 inci Infinity Flex display yang mana screen diperbuat daripada polymer yang Samsung telah nyatakan mampu bertahan sehingga beratus ribu kali buka tutup. Yelah kalau dia buat daripada kaca macam smartphone lain memang retaklah phone ini.

Samsung Galaxy Fold mempunyai dua biji bateri yang diletakkan pada kedua-dua belah bahagian Samsung Galaxy Fold. Untuk smartphone yang seperti ini, spec dia mesti kena mantap dan Samsung memastikan yang Samsung Galaxy Fold mempunyai segala spec yang diperlukan.

Ia didatangkan dengan 7-nanometer processor, 12GB RAM dan 512GB memory terbina. Ia juga mempunyai kamera terbanyak di antara smartphone yang aku pernah nampak iaitu bukan 3, bukan 5 tapi 6 kamera yang diletakan secara strategic supaya korang boleh snap gambar tidak kira sama ada dalam mode smartphone ataupun mode tablet!

Samsung Galaxy Fold juga dilengkapi dengan satu feature yang dipanggil sebagai App Continuity yang membolehkan apa saja benda yang korang buka pada smartphone mode akan dibawa terus ke mode tablet. Di dalam video demo mereka, Samsung menunjukkan mereka membuka aplikasi Google Maps pada smartphone mode lalu dipindahkan pada mode tablet dalam sekelip mata tanpa sebarang lagging.

Sekarang kita cerita pasal harga dia pula, Samsung Galaxy Fold ini akan dijual pada harga USD1,980! Rasanya kalau aku tak silap ini adalah smartphone paling mahal yang pernah dikeluarkan oleh Samsung. Bila dengan harga macam ini, buat aku terpikir ada ke orang nak beli Samsung Galaxy Fold ini?

Aku cakap ini bukan sebab harga dia saja, tapi daripada segi pratikal. Memang nampak macam wow sebab boleh lipat-lipat dan ada 6 biji kamera tapi adakah smartphone macam ini betul-betul diperlukan? Well apa yang pasti peminat-peminat Samsung mesti akan beli. Samsung Galaxy Fold akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula pada bulan April tahun ini.

KATALAKI: Kalau korang, korang akan beli ke Samsung Galaxy Fold ni?

Last modified: 4 March 2019