Mai Try – Carolina Reaper Cili Paling Pedas Di Dunia?

Sembang, ZAP, ZeKool

Apa yang membuatkan negara kita antara negara yang terbaik is when it comes to food. Kat Malaysia ni, boleh dikatakan begitu mudah sekali nak dapatkan bermacam-macam jenis makanan.

Ada makan yang manis, yang masam atau ada yang menjadi sebahagian besar bilangan rakyat Malaysia yang benar-benar mengemari makanan pedas, sehingga ada yang boleh makan cili dengan begitu saja. Memang kebanyakkan daripada rakyat di Malaysia juga amat mengemari masakan-masakan yang pedas sampaikan ada yang tak nak makan kalau takde sambal belacan.

Jadi topik artikel kali ini kami nak dedahkan kat korang sejenis cili yang boleh menganggu hidup mereka hidup mereka yang cuba atau berani untuk menghadam dan kami sendiri sudah mencuba untuk menyelami bagaimana perasaan serta pengalaman kepedasan yang diberikan oleh sejenis cili yang dikenali sebagai Carolina Reaper.

APA CAROLINA REAPER?

Image via: https://commons.wikimedia.org/

Pertama sekali, kami nak ingatkan kepada korang semua bahawa apa yang kami nak ceritakan ini adalah sejenis tumbuhan kultivar daripada tanaman jenis Capsicum chinense yang digelarkan sebagai Carolina Reaper.

Dan apa yang menarik sekali adalah Carolina Reaper ini telah diketahui atau dilabelkan sebagai sejenis tumbuhan cili yang paling pedas di dunia. Ianya telah di usahakan oleh seorang penternak daripada Fort Mill, South Carolina Amerika Syarikat yang bernama Ed Currie. Ianya berbentuk seakan sayuran capsicum cuma ianya lebih kecut dan berkedut sedikit, pada aslinya lada ini berwarna merah dan gnarled, dengan tekstur bergelombang dan tangkai yang lebih runcing kecil.

CILI REKOD DUNIA

Image via: https://commons.wikimedia.org/

Seperti yang kami katakan tadi, untuk rekod cili atau lada yang paling di dunia telah diberikan kepada Carolina Reaper. Carolina Reaper telah diperakui sebagai lada cabai terhangat di dunia oleh Guinness World Records pada tanggal 11 Ogos tahun 2017 dengan heat level untuk Guinness World Records yang berjaya mencatat sebanyak 1,641,183 Scoville Heat Units (SHU) pada ujian tersebut, hasil ujian dan kajian tersebut telah dijalankan oleh Winthrop University dari South Carolina.

Namun menurut pihak Universiti tersebut, catatan angka rekod tersebut boleh dikatakan sebagai purata bagi batch yang diuji. Jika diuji secara individu, lada tersebut diukurkan pada 2.2 juta SHU. Jadi amat wajar sekali untuk mereka menobatkan Carolina Reaper sebagai lada cabai atau cili paling pedas di dunia.

Jadi sebenarnya bagaimana mereka dapat menghasilkan sejenis cili yang paling pedas di dunia ni? Well rahsia disebalik kepedasan Carolina Reaper adalah ianya merupakan hasil gabungan daripada dua jenis cili yang juga pedas di dunia iaitu La Soufriere pepper yang merupakan sejenis lada daripada Caribbean Island St. Vicent dan lada Naga Viper yang amat popular di Pakistan.

Bagaimana pula ianya digelarkan sebagai Carolina Reaper? Pertama sekali ianya adalah sejenis cili yang berasal dari South Carolina, manakala perkataan Reaper dinamakan kerana bentuk “ekor” runcing yang terdapat pada bahagian tubuh cili terpedas di dunia ini.

KAMI CUBA CILI PEDAS NAK M4TI!

Demi menjayakan sebuah lagi episod Mai Try untuk saluran Youtube Thelaki. Kami daripada Thelaki sendiri iaitu Adam, Ijal, Helmi, dan Mirza nak cuba try test sendiri tahap kepedasan yang telah digembar-gemburkan yang terdapat pada cili Carolina Reaper ini.

Selepas melakukan beberapa research dimana kami boleh dapatkan Carolina Reaper ini, kami telah menjumpai sebuah restoran yang dikatakan telah menghasilkan sebuah menu burger yang dikatakan mempunyai tahap kepedasan yang melampau oleh kerana ianya dihasilkan dengan sos yang diperbuat mengunakan Carolina Reaper. Burger yang dinamakan sebagai “Explosive Inner Core” ini dihasilkan oleh restoran Cartel Coffeeshop yang terletak di Bangi.

Pertama sekali burger Explosive Inner Core ini kelihatan seperti burger bakar standard, hasil daging patty yang dimasak rasa tersangatlah fresh dan paling penting sekali ianya sangat juicy. AKAN TETAPI! Kesedapan daging burger tersebut hanyalah boleh dinikmati dalam beberapa kunyahan saja kerana kepedasan hasil daripada Carolina Reaper untuk membuatkan airmata sang pemakan mula menjurai.

Once rasa pedas tu dah mula kick in dalam mulut, ianya adalah suatu nikmat kepedasan yang hanya boleh ditahan oleh mereka yang mempunyai tahap ketahanan yang padu.

Apa yang kami pasti boleh cadangkan buat korang yang benar-benar ingin merasa burger syahdu “Explosive Inner Core” ini, apabila korang mulakan gigitan pertama dan seterusnya, pastikan korang tidak menyentuh atau meminum langsung apa saja jenis air yang ada. Ini adalah kerana jika korang cuba untuk menghilangkan rasa pedas tersebut, air yang diminum akan meng-enhance-kan lagi level kepedasan daripada Carolina Reaper tersebut. Jadi apa yang harus sang pemakan lakukan adalah dengan hadam dan membiarkan rasa pedas itu hilang dengan secara naturalnya.

Once bila korang dah settle makan burger Explosive Inner Core ini, kami cadangkan juga untuk korang meminum air-air susu atau yogurt, lagi better kalau korang ambik something yang diperbuat daripada yeast seperti roti dan sebagainya. Ini adalah supaya korang dapat menghilangkan rasa pedas tersebut didalam perut.

Jadi secara overall, burger Explosive Inner Core ini memang padu daripada segi rasa burger itself, level ataupun tahap kepedasan kami boleh bagi rating 100 per 10!

KATALAKI: Gilaa tak boleh brain pedas Carolina Reaper ni weyh!

Last modified: 24 July 2020