Mai Try Day Trip: 4 Benda Best Korang Boleh Buat Di Pulau Redang

Mai Try, Sembang, ZAP

Sekarang ni memang musim orang tengah rajin pergi bercuti. Tapi korang agak-agak tempat mana paling best untuk bercuti secara domestik ni? Ada orang sukakan tempat yang sejuk seperti Genting Highland dan Cameron Highland. Ada orang sukakan tempat semula jadi untuk menikmati keindahan alam seperti Taman Negara. Tapi kalau korang sukakan pulau atau teringin nak melancong ke pulau, meh aku kongsikan sedikit pengalaman aku semasa pergi bercuti ke Pulau Redang di Terengganu. Tapi apa yang aku kongsikan ni adalah percutian selama satu hari. Jadi mungkin sesuai untuk yang nak percutian bajet yang best gila.

Image via: thelaki.com.my

MERANG BUKAN MARANG?

Perjalanan untuk pergi ke Pulau Redang tu akan bermula di Jeti Merang, Terengganu. Korang jangan keliru Merang dengan Marang sebab kedua-duanya adalah tempat yang berlainan dan kedua-duanya adalah jauh antara satu sama lain. So kalau korang tersalah pergi ke salah satu jeti ni maknanya korang telah buang masa korang hampir 2 jam. Begitu lah jauhnya antara Merang dan Marang ini. Tempoh perjalanan menaiki bot untuk ke Pulau Redang pula memakan masa hampir sejam. Itu pun bergantung kepada brader yang bawak bot tu samada dia laju atau pun sederhana.

Benda yang paling korang kena standby untuk day trip ni adalah tenaga fizikal korang sebab perjalanan menaiki bot itu sememangnya memenatkan. Satu tip aku kongsikan dengan korang, kalau naik bot tu duduk lah di bahagian belakang sebab arus dan ombak laut akan membuatkan bot melambung-lambung. Bahagian depan bot memang sakit sikit lah bila bot melambung tu. Kos day trip ke Pulau Redang ni pula depends pada company yang menawarkan pakej mereka, tapi rasanya rata-rata tak akan lebih daripada RM200 untuk seorang. Ini pun dah termasuk dengan kos makan.

SNORKELING BERSAMA IKAN-IKAN

Rasanya yang ni memang semua dah sedia tahu lah kalau pergi trip ke pulau-pulau mesti ada aktiviti snorkeling. Tapi apa yang membezakan snorkeling Pulau Redang dengan pulau-pulau yang lain? Dekat sini korang boleh tengok pelbagai spesis ikan laut dan juga terumbu karang yang cantik-cantik. Tapi kalau nak ambil gambar bersama dengan ikan-ikan ni pastikan korang beli casing phone yang boleh masuk air tu. Kalau ada bajet lebih boleh lah pakai Go Pro.

 

View this post on Instagram

 

Dua duyung berenang bersama ikan @bashirah.bashar @unaacena

A post shared by Hamka Rosli (@hamkarosli) on

Tempat snorkeling pula dia akan bawa ke tiga checkpoint iaitu di Taman laut, Open Sea dan juga Deep Sea. Jadi kira berbaloi dan puas hati lah juga dapat pergi tiga kawasan berbeza untuk snorkeling. Kalau nak bawa roti sendiri pun boleh juga untuk bagi makan dekat ikan-ikan laut ni. Tapi memang kena bagi makan pun untuk ikan-ikan ni datang dekat kita. Memang mengada ikan-ikan ni nak makanan je.

BERMESRA DENGAN PENYU

 

View this post on Instagram

 

Bukan selalu dapat main dengan penyu…

A post shared by Hamka Rosli (@hamkarosli) on

Sebenarnya ini lah keistimewaan Pulau Redang. Memang ia diakui sendiri oleh orang-orang di sana. Di sini korang memang akan dibawa ke satu kawasan untuk berenang bersama penyu. Tak main lah belai-belai penyu yang naik ke darat tu. Yang ni kita belai penyu sambil berenang dengan sekumpulan penyu lain. Aku jamin yang ni bakal jadi satu pengalaman yang korang akan ingat sampai bila-bila. Penyu akan datang bila diberi makan makanan laut seperti sotong. Yang ni pemandu pelancong akan sediakan lah untuk menarik perhatian penyu-penyu ni datang dekat kita. 

Image via: Thelaki.com.my

MELAWAT ‘MALDIVES’ MALAYSIA

Tak perlu jauh-jauh dan keluar duit ribu-ribu untuk melawat pantai macam maldives. Dekat sini korang akan dibawa juga ke satu kawasan yang pemandangan lebih kurang sama dengan Maldives. Kalau nak photoshoot sini dan acah-acah buat scene romantik pun boleh juga.

Image via: Thelaki.com.my

BERJALAN TEPI PANTAI INDAH

Checkpoint untuk korang jalan-jalan di pantai adalah di Long Beach. Dekat sini kira pantai utama lah di Pulau Redang yang menempatkan hotel-hotel dan juga resort. Dekat pantai ni korang boleh rehat atau pun nak sambung mandi air laut. Di sini pun sesuai juga untuk korang yang suka bergambar.

Ada lagi satu tempat yang sepatutnya aku pergi tapi tak dapat nak pergi sebab ombak waktu tu agak kuat. Tempat tu macam gua sikit so tourist guide akan bawa korang memasuki gua tersebut. Agak sayang sebab tak dapat pergi masa tu. Kalau korang rancang untuk bercuti ke Pulau Redang (atau pulau-pulau di pantai timur) elakkan rancang untuk pergi masa musim tengkujuh yang biasanya bermula dari hujung tahun hingga awal tahun. Yang ni korang boleh rujuk pada ejen yang buat trip ke pulau-pulau niSo kalau nak pergi baik pergi sekarang! Tapi apa-apa pun, kejernihan air laut di Pulau Redang memang paling puas hati.

KATALAKI: Percutian ni tidak ditaja oleh mana-mana pihak ye. Pakai duit poket sendiri jeee. Gambar dari IG orang lain pun terpaksa letak sini juga sebab gambar aku amik tak lawa…

Last modified: 13 August 2020