Main 10 Game Je, Tapi Berjaya Menang 5 Piala

Aktif, Bola, ZAP

Seperti yang dijangka selepas membelasah Barcelona dengan keputusan 8-2, Bayern Munich dinobatkan sebagai juara UEFA Champions League 2019/20, menewaskan Paris Saint-Germain di perlawanan akhir, kali ke-6 Bayern Munich menjulang piala yang diburu oleh setiap kelab bola sepak yang bersaing di benua Eropah.

 

View this post on Instagram

 

⭐ YOUR 2020 CHAMPIONS LEAGUE WINNERS ⭐ . . #MiaSanChampions #FCBayern #UCL #UCLfinal

A post shared by CHAMPIONS OF EUROPE 🏆 (@fcbayern) on

Pemain yang paling gembira dan beruntung dah tentu sekali Alvaro Odriozola yang berasal dari Sepanyol, hanya pernah beraksi sebanyak 10 perlawanan sepanjang musim 2019/20, tapi berjaya merasa memegang 5 piala termasuk lah 2 piala bersama Real Madrid dan 3 piala bersama Bayern Munich. Alvaro Odriozola merupakan pemain bek kanan yang bakatnya diasah oleh kelab Real Sociedad sejak tahun 2006 ketika berumur 10 tahun.

Pada tahun 2017, Alvaro Odriozola diberikan peluang keemasan untuk membuktikan kebolehan diri apabila diturunkan dalam senarai kesebelasan utama Real Sociedad bersama dengan pemain-pemain senior yang lain di La Liga, Sepanyol. Berjaya memberi impak di atas padang walaupun baru setahun digandingkan bersama pemain-pemain senior Real Sociedad, Alvaro Odriozola seterusnya dipancing dan dibeli oleh Real Madrid pada tahun 2018. Musim pertama dengan Real Madrid, Alvaro Odriozola berjaya menang piala FIFA Club World Cup 2018 walaupun hanya duduk di bangku simpanan dalam perlawanan akhir, yang dipimpin oleh Santiago Solari sebagai pengurus, selepas Julen Lopetegui dipecat oleh Real Madrid.

Masih lagi kekal sebagai pemain Real Madrid, Alvaro Odriozola seterusnya dipinjamkan ke Bayern Munich pada bulan Januari 2020 selepas hanya membuat 5 penampilan bersama Real Madrid untuk musim 2019/20. Sebelum sah dipinjamkan ke Bayern Munich, Alvaro Odriozola sempat juga menambah satu lagi piala bersama Real Madrid iaitu Spanish Super Cup yang dimenangi pada 12 Januari 2020.

 

View this post on Instagram

 

⚡ ¡¡CAMPEONES!! 👏 #HalaMadrid 🏆 #Supercopa2020

A post shared by Álvaro Odriozola (@alvaroodriozola) on

Memulakan karier sebagai pemain pinjaman bersama Bayern Munich pada Januari 2020, diganggu pula dengan penangguhan sebarang aksi bola sepak di seluruh dunia disebabkan pandemik COVID-19, Alvaro Odriozola sempat membuat 3 penampilan bersama Bayern Munich di Bundesliga, sebelum Bayern Munich sah diangkat sebagai juara Bundesliga 2019/20, piala ke-3 yang berjaya dimenangi oleh Alvaro Odriozola untuk musim 2019/20. Pada 4 Julai 2020, Alvaro Odriozola sekali lagi menjulang piala bersama Bayern Munich, kali ni dalam saingan DFB-Pokal, Alvaro Odriozola disenaraikan sebagai pemain simpanan.

 

View this post on Instagram

 

🏆 DFB Pokal Winners!!!

A post shared by Álvaro Odriozola (@alvaroodriozola) on

Tak cukup lagi dengan 4 piala yang dimenangi sepanjang musim 2019/20 bersama Real Madrid dan Bayern Munich, Alvaro Odriozola seterusnya menjulang piala ke-5 selepas Bayern Munich berjaya menewaskan Paris-Saint Germain di perlawanan akhir UEFA Champions League 2019/20, menjadikan Alvaro Odriozola pemain paling beruntung, menang 5 piala dalam satu musim walaupun hanya pernah terlibat dalam 5 perlawanan bersama Real Madrid dan 5 perlawanan bersama Bayern Munich.

Kalau tengok caption yang dimuat naik oleh Alvaro Odriozola kat media sosial, nampak gayanya Alvaro Odriozola akan kembali ke Real Madrid untuk menempuh musim baru 2020/21. Walaupun dah menang piala-piala ternama di Eropah, Alvaro Odriozola tetap kena buktikan dirinya mampu menjadi pemain bek kanan berkelas dunia, setanding pemain-pemain bek kanan yang beraksi di Real Madrid atau di Bayern Munich.

KATALAKI: Alvaro Odriozola lahir pada 14 Disember 1995. Maknanya, tahun 2020 ni Alvaro Odriozola baru berumur 25 tahun.

Last modified: 25 August 2020