Main Assassin’s Creed Pakai Phone Je!

Game, Tech

Korang tahu tak yang Ubisoft ade keluarkan mobile game terbaru untuk Assassin’s Creed? Game yang diberi nama Assassin’s Creed Rebellion ni dah pun boleh start untuk di download bermula hari ini.

Assassin’s Creed Rebellion ini merupakan permainan video mobile yang ber-genre strategy yang di setkan di zaman semasa Inquisition sedang berlaku dekat Spain. Korang bersama geng-geng Assassin’s yang lain kena kuatkan stronghold korang dan training untuk naikkan level supaya korang boleh serang Templar punya stronghold dengan lebih bergaya.

Dekat stronghold ni, korang kena start cari item untuk besarkan lagi stronghold korang. Dekat stronghold ni jugak korang boleh buat Trainning Room untuk korang punya Assassin’s dan naikkan level dorang.

Untuk dapatkan item supaya korang boleh kembangkan korang punya stronghold, korang kena buat beberapa mission dan serang tempat-tempat Templar punya stronghold dan curi barang-barang dorang untuk besarkan stronghold korang.

Dalam game ni jugak, korang boleh recruit beberapa watak yang dah pernah muncul dalam gamegame Assassin’s Creed sebelum ni. Watak-watak ini nanti korang boleh train untuk naikkan level dorang dan gunakan untuk serang tempat Templar.

Masa aku first main game ni, dia dah tunjuk watak Ezio dari Assassin’s Creed 2, Aguilar dan Maria dari movie Assassin’s Creed yang keluar sebelum ni.

Katanya akan ada lebih kurang 20 watak lain yang korang boleh unlock dalam game Assassin’s Creed Rebellion ni. Kalau korang berminat nak try, korang boleh start download dekat Play Store ataupun di App Store sekarang.

KATALAKI: Harap-harap watak Altair from Assassin’s Creed yang first sekali akan ada dalam game ni!

Last modified: 26 November 2018