Main Game Laptop Sambil Flip Screen?!

Gadget, Tech

Minggu ini, pihak Acer telah melancarkan 2 gaming laptop terbaru mereka yang boleh dikatakan sangat-sangat menarik daripada segi design dan yang paling awesome adalah dua-dua laptop ini dilengkapi dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 2080 terbaru bro!

Dua gaming laptop yang dikeluarkan oleh Acer adalah The Predator Triton 500 dan jugak The Predator Triton 900. Macam yang aku cakap tadi, kedua-dua laptop ini dilengkapi dengan GPU terbaru iaitu NVIDIA GeForce RTX 2080 dan juga Acer Advanced Cooling System dengan 4th Gen Aeroblade 3D metal fans yang akan increase airflow untuk kedua-dua laptop ini sehingga 45%.

So bila dah ada sekali dengan 4th Gen Aeroblade 3D metal fans ni, korang mainlah game lama mana sekali pun, kedua-dua laptop ni still takkan overheat dengan cepat macam gaming laptop yang lain bro!

THE PREDATOR TRITON 900

Predator Triton 900 bagi aku adalah sebuah gaming laptop yang sangat menarik dan rare daripada segi rekaan dia. Ianya didatangkan dengan CNC-machined Ezel Aero Hinge display yang korang boleh flips, extands dan reclines.

Korang boleh pilih dari 4 usage modes untuk laptop ini seperti Display Mode yang mana korang boleh berkongsi screen dengan member korang semasa bermain permainan video, Ezel Mode untuk korang bermain permainan video dengan touch screen.

Notebook Mode untuk penggunaan secara normal seperti laptop lain dan Stand Mode yang membolehkan korang mengubah laptop ini menjadi seperti tablet untuk bermain permainan video ataupun semasa menggunakan creator tools.

Trackpad untuk laptop Predator Triton 900 ini jugak lain dari yang lain yang mana trackpad-nya diletakkan disebelah keyboard bagi memberikan keselesaan kepada pengguna yang biasa menggunakan kombinasi keyboard dan mouse semasa bermain video games.

Selain daripada meletakkan GPU terbaru iaitu NVIDIA GeForce RTX 2080, Triton 900 ini juga dilengkapi 8th Gen Intel Core i7 processor, NVMe PCIe RAID 0 SSD dan memory sebesar 32GB DDR4 bagi memastikan pengalaman bermain video games korang sentiasa smooth dan tak terganggu.

THE PREDATOR TRITON 500

Dengan cuma senipis 17.9mm dan berat 2.1kg, Predator Triton 500 merupakan sebuah gaming laptop yang boleh tahan awesome dia. Screen panel untuk Triton 500 ini cuma sebesar 15.6 inci dengan FullHD display.

Body untuk Triton 500 ini diperbuat dari metal chassis dan mempunyai bezels yang agak kecil iaitu 6.3mm membuatkan laptop ini mempunyai 81% bodytoscreen ratio. Predator Triton 500 ini boleh dikatakan antara gaming laptop yang nipis yang ada dipasaran sekarang.

Walaupun nipis, Triton 500 ini tetap dilengkapkan dengan spec yang boleh tahan ganas juga iaitu dengan NVIDIA GeForce RTX 2080 GPU, 8th Gen Intel Core i7 Processor, NVMe PCIe RAID 0 SSD dan memory sehingga 32GB DDR4.

Dengan GPU yang boleh di overclock dan VR-Ready, Triton 500 memastikan korang sebagai pengguna dapat bermain AAA video games terbaru dan enjoy bermain VR games. Screen 15.6 inci Triton 500 ini mempunyai 144Hz refresh rate dengan 3ms response time bro!

So yang mana satu gaming laptop pilihan korang? Predator Triton 500 ataupun Predator Triton 900? Apa kata ambik dua-dua, tak payah pening nak pikir hahaha!

KATALAKI: Kalau aku, aku dah tentu pilih Predator Triton 900 sebab screen dia boleh flipflip bro!

Last modified: 10 January 2019