Main Game Sambil Pakai Kacamata Stylo

Tech, ZAP, ZeKool

Makin lama game-game yang kita boleh main di smartphone kita makin best, bertambah pula dengan graphic dan simulasi yang padu. Bila graphic dah padu, tentunya bertambah lah masa yang kita ambil untuk terus bermain di smartphone tu. Ada yang main mengikut masa dan ada pula gamers sejenis tegar yang akan bermain tanpa mengira waktu berjam-jam sampai bateri habis dan terpaksa dicucuk powerbank.

Tapi tahukah korang, pengunaan yang terlalu lama pada smartphone, terutama sekali ketika menumpukan tumpuan dan daya fokus yang keterlaluan akan menyebabkan ketegangan mata. Dengan gejala penggunaan smartphone yang terlalu lama ini juga boleh mengeringkan dan merengsakan mata atau bahkan boleh menyebabkan kabur penglihatan buat sementara waktu.

Disamping bermain game di smartphone terlalu lama ini akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan, tak semua gamers suka memakai headphones sambil bermain game. Jadi macam mana kita nak mengatasi kedua-dua masalah ni? Disinilah kacamata Mutrics GB-30 menolong gamers semua mengatasi kedua-dua masalah yang sering dihadapi.


Mutrics GB-30 adalah smart audio gaming glasses. Pada dasarnya, ianya adalah headphones tanpa perlu menutupi telinga atau lubang gegendang si penguna. Features ini dinamakan oleh Mutrics sebagai open-ear near field surround system, basically sistem open-ear audio yang hanya boleh didengari oleh si pemakai cermin mata Mutrics GB-30, features ini juga memberikan si pemakai stereo surround sound yang lebih jelas untuk mendengar pengerakkan pada game yang sedang dimainkan.

Tidak lupa juga, Mutrics GB-30 ini adalah kacamata pintar pertama di dunia yang direka khas untuk pemain video. Selain itu Mutrics GB-30 dibekalkan dengan fungsi kalis air, maka tiada kerisauan jika penguna yang mengenakan Mutrics GB-30 ini berpeluh atau terkena percikkan air dan sebagainya. Untuk memberikan keselesaan buat si pemakai, bingkai dengan reka bentuk ergonomik ini diperbuat daripada bahan yang tahan lama dan ultra lightweight.

Disebabkan sistem open-ear yang terdapat pada bingkai yang menjadikan Mutrics GB-30 sebagai kacamata pintar. Ianya juga didatangkan dengan anti-blue light dan kanta tersebut boleh ditukar daripada clear optics kepada gradient sunglass dengan 100 peratus perlindungan 400 UV. Lensa kacamata ini juga boleh di ubah kepada lensa cermin preskripsi.

Dikuasakan dengan wireless connection mengunakan Bluetooth 5.0, ianya boleh di pair kan kepada smartphones dan konsol permainan yang mempunyai fungsi Bluetooth connection. Mutrics GB-30 ini juga membolehkan pemakai untuk membuat panggilan telefon selain lengkap dengan pengunaan voice assistants seperti Google Assistant dan Siri IOS.

Untuk memberi tarikkan kepada gamers, Mutrics GB-30 didatangkan dengan reka bentuk retro yang di inspirasi dari zaman kegemilangan konsol GameBoy. Terdapat juga design butang yang juga di inspirasikan daripada butang konsol permainanan. Butang tersebut juga berfungsi sebagai volume/call button/play.

Senang citer, Mutrics GB-30 ni memang cun buat gamers tegar yang nak nampak stylo ketika bermain game secara casual atau pun secara serious. Bukan sahaja melindungi mata seorang gamer, tetapi berfungsi sebagai wireless audio device juga dan memberi kehandsoman buat pemakai kacamata.

KATALAKI:Baek gak ada kacamata macam ni…

Last modified: 19 February 2020