Masa korang kecik-kecik, mesti korang selalu main nyorok-nyorok dengan kawan-kawan korangkan? Tapi tahukah korang yang permainan time kita kecil-kecil ini sebenarnya ada kejohanan dunia dia yang tersendiri? Kejohanan ini dinamakan sebagai Nascondino World Championship.

Image Via: https://erasmusu.com
Pertandingan Nascondino World Championship ini pertama kalinya diadakan pada tahun 2010 di Bergamo, sebuah bandar di Italy. Nascondino yang membawa maksud hide–and–seek ini dimainkan dikawasan yang terbuka dan mempunyai rules yang agak berbeza sedikit dengan permainan nyorok-nyorok yang biasa kita main dahulu.

Image VIa: http://mentalfloss.com
Sebenarnya Nascondino World Championship ini dicipta oleh CTRL Magazine ketika mereka mengadakan majlis hari lahir salah seorang daripada founder majalah tersebut. Mereka mula bermain permainan hide–and–seek dan founder tersebut berkata dalam nada gurau mengapa tiada satu pun kejohanan hide–and–seek pernah diadakan?

Image Via: https://metro.co.uk
Dan bermula dari gurauan tersebut, acara hide–and–seek ini mula diadakan setiap tahun dan terciptalah Nascondino World Championship. Pada tahun 2017, sebanyak 80 pasukan daripada 11 negara seperti Itali, Belgium, Jepun, Amerika Syarikat dan banyak lagi telah sama-sama memasuki acara tahunan ini.

Image Via: https://www.italybyevents.com
Macam yang aku cakap, format untuk permainan hide–and–seek dorang agak berbeza dengan apa yang kita selalu main di Malaysia. Dalam permainan ini, setiap pasukan akan mempunyai lima orang ahli. Bila setiap pusingan dimulakan, setiap seorang ahli daripada semua pasukan akan memasuki kawasan hide–and–seek.

Image Via: https://www.smithsonianmag.com
Mereka semua akan menyorok dan seorang neutral seeker akan mencari mereka. Mereka diberikan masa 1 minit untuk menyorok dan perlu datang ke home base dalam masa lima minit tanpa ditangkap oleh neutral seeker. Pemain pertama yang sampai ke home base akan mendapat 20 point dan pemain kedua akan mendapat 19 point sampailah seterusnya.

Image Via: https://awol.junkee.com
Pemain yang ditangkap oleh neutral seeker tidak akan mendapat point. Ini termasuk juga pemain yang tidak datang ke home base melebihi lima minit juga tidak akan mendapat apa-apa point. Setiap point ini akan dikumpulkan dan kumpulan yang mempunyai point terbanyak akan memenangi pertandingan Nascondino World Championship ini.

Image Via: https://www.smithsonianmag.com
Pada tahun 2013, seorang graduan daripada Nippon Sport Science University iaitu Yasuo Hazaki telah memulakan satu kempen untuk memasukkan permainan hide–and–seek dalam acara sukan Olympic 2020 yang mana akan diadakan di Jepun nanti. Tak pasti sama ada cadangan dia diterima atau pun tidak.
Bila cerita pasal nyorok-nyorok ni. Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kepala dan rambut yang sering main nyorok-nyorok. Aku nak shorkan untuk dapatkan promosi di www.Superdeals.com.my. Dengan harga serendah RM15, korang boleh dapatkan Natural Hair Growth Scalp Treatment (HRS) for 1 Person. Nak tahu macam mana nak membeli? KLIK KAT SINI.
KATALAKI: Konda-kondi tak ada orang nak buat world championship ke?