Main Ragnarok M: Eternal Love Di Smartphone Korang

Game, Tech

Permainan mobile Ragnarok M:Eternal Love baru saja dilancarkan di Android dan IOS pada minggu ini. Permainan Ragnarok yang dahulunya dikeluarkan di PC pada tahun 2002 dengan nama Ragnarok Online memang sangat popular.

Permainan Ragnarok adalah satu permainan MMORPG (Massive Multiplayer Online Role-Playing Game) fantasi yang dibuat berdasarkan komik dari Korea yang menggunakan tajuk yang sama.

Masa Ragnarok keluar tahun 2002 dulu, Aku memang minat gile game ni. Setiap kali balik sekolah je lepas lunch mesti pergi cyber cafe untuk main game ni dengan kawan-kawan. Tapi lepas tu dorang perkenalkan system berbayar kalau nak main game dorang. Sejak dari tu aku terus stop main game Ragnarok Online.

Tapi untuk Ragnarok M: Eternal Love ni korang tak perlu risau sebab dia free to play. So korang tak perlu nak beli game ni di smartphone korang.

Didalam Ragnarok M: Eternal Love ni korang boleh memilih sehingga 6 perkerjaan untuk character korang bila korang hit level 10.

Antara jobs yang korang boleh pilih adalah Hunter, Priest, Blacksmith, Wizard, Knight dan Assassins. Kalau aku memang aku pilih job Assassins jelah sebab attack dia yang laju!

Nanti korang dah download game Ragnarok M: Eternal Love jangan lupa add aku tau. Boleh buat mission sama-sama and create guild!

Korang boleh download Ragnarok Eternal Love di Playstore dan Appstore.

KATALAKI: Terngiang-ngiang theme song bandar Prontera dalam game Ragnarok.

Last modified: 7 November 2018