Makanan Terakhir Banduan Sebelum Hukuman Mati!

Sembang

Di penjara luar negara seperti America contohnya, setiap banduan yang akan menerima hukuman mati akan diberikan satu peluang untuk meminta makanan terakhir mereka. Ini kira sebagai belas kasihan terakhir kepada doranglah sebelum dorang lenyap dari muka bumi selama-lamanya.

via GIPHY

Aku tak pasti sama ada dekat Malaysia banduan menerima layanan macam ini ataupun tidak tapi hari ini aku nak share dengan korang antara makanan-makanan terakhir yang diminta oleh banduan-banduan terkenal sebelum dorang menerima hukuman mati.

ALLEN LEE DAVIS

Allen Lee Davis atau lebih dikenali dengan nama panggilan Tiny merupakan seorang mass murderer yang disabitkan kesalahan atas kes pembunuhan Nancy Weiler yang mana ketika itu sedang mengandung tiga bulan. Nancy Weiler telah dipukul berkali-kali dengan pistol yang digunakan oleh Tiny sehinggakan polis tidak dapat mengecam wajah sebenar Nancy.

Tiny juga disabitkan kesalahan keranan membunuh dua orang anak Nancy. Kristina yang berumur 10 tahun ketika itu yang telah ditembak sebanyak dua kali di muka manakala Katherine yang berumur 5 tahun ditembak dibelakang kepala ketika dia cuba melarikan diri. Sebelum menerima hukuman mati dengan kerusi electrik, Tiny telah memesan makanan terakhirnya yang berupa lobster tail, fried potatoes, half pound of fried shrimp, six ounces fried clams, garlic bread dan juga Barq’s root beer.

JOHN WAYNE GACY

Sebelum ini aku dah pernah tulis tentang John Wayne Gacy, korang boleh baca dengan lebih lanjut tentang jenayah yang dia dah lakukan sepanjang dia hidup dekat SINI. Secara ringkasnya, John Wayne Gacy yang berumur 52 tahun telah disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seramai 33 orang.

Dia yang menerima hukuman lethal injection telah memesan makanan terakhirnyanya yang berupa 12 ekor fried shrimp, satu bucket original KFC chicken, french fries dan satu pound strawberry. Ada yang cakap dia meminta ayam KFC kerana sebelum dia ditangkap, dia merupakan manager kepada tiga branch KFC.

RONNIE LEE GARDNER

Ronnie Lee Gardner telah menerima hukuman mati apabila dia telah disabitkan kesalahan menembak mati seorang lelaki ketika Ronnie sedang melakukan rompakan pada tahun 1985. Ronnie telah menerima hukuman mati dengan ditembak oleh firing squad di daerah Utah pada tahun 2010.

Sebelum menerima hukuman mati, Ronnie Lee Gardner telah memesan makanan terakhirnya yang berupa lobster tail, steak, apple pie dan vanilla ice cream. Berbeza dengan banduan lain, Ronnie telah meminta untuk menonton Lord of the Rings trilogy semasa sedang makan dan permintaannya telah diluluskan oleh pihak penjara.

RICKY RAY RECTOR

Ricky Ray Rector telah menerima hukuman mati kerana telah melepas tembakan rambang dan telah mencederakan dua orang awam dan membunuh seorang lelaki bernama Arthur Criswell. Sebelum ditahan polis, dia telah menyerah diri dan meminta seorang pegawai polis yang juga merupakan rakannya dari kecil iaitu Officer Robert Martin. Ketika Robert sedang menyoal siasat Ricky dirumahnya, Ricky telah bertindak menembak Robert dikepala sebelum dia cuba menembak dirinya sendiri.

Ricky telah melepas tembakan dikepalanya sendiri dan menyebabkan frontal lobe-nya hancur. Dia telah berjaya diselamatkan oleh pihak hospital dan disabitkan hukuman mati selepas dia dikeluarkan dari hospital. Antara makanan terakhirnya diminta olehnya adalah steak, fried chicken, cherry Kool-Aid dan pecan pie. Namun dia tidak menyentuh pecan pie dan memberitahu pegawai penjara yang dia akan sambung makan pie tersebut selepas menerima hukuman lethal injection.

VICTOR FEGUER

Victor Feguer telah disabitkan hukuman mati kerana telah membunuh seorang seorang doktor pakar iaitu Dr. Edward Bartels. Dia telah menelefon doktor pakar tersebut dan memberitahunya seorang wanita memerlukan rawatan segera. Ketika Dr. Edward datang ke alamat yang diberi, Victor telah menculik doktor tersebut dan membunuhnya di Illinois. Mayat doktor tersebut kemudiannya telah dibuang di satu ladang jagung berdekatan.

Image Via: https://www.thevocket.com

Untuk makanan terakhirnya, Victor cuma memesan sebiji olive ataupun orang kita panggil buah zaitun untuk makanan terakhirnya. Dia telah menolak untuk makan makanan yang lebih mewah kerana dia berkata bila dia dikebumikan, buah zaitun yang dimakannya akan menjadi pokok dan pokok tersebut menjadi satu simbol keamanan.

KATALAKI: Korang rasa lapar tak lepas baca artikel ni?

Last modified: 17 June 2019