Makanan Yang Sesuai Untuk Hilangkan Stress

Life x Tips, Sembang, ZAP, ZeKool

Stres atau tekanan dalam kehidupan seharian kita ni sebenarnya bukan lah perkara yang boleh diambil ringan. Kalau dibiarkan ia berlarutan, besar kemungkinan akan mengakibatkan keadaan diri kita bertambah teruk ataupun datangnya penyakit-penyakit lain yang tak diingini. You are what you eat, begitu lah pepatah omputih yang nak bagitahu pemakanan kita akan mempengaruhi keadaan badan kita dari segi mental dan fizikal. Makanan yang tidak berkhasiat juga sebenarnya boleh menjadi punca stres. Bila korang menghadapi stress yang keterlaluan, ia boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu mood, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada organ serta fungsi tubuh badan korang. So jom tengok makanan apa yang korang boleh makan kalau tengah stress tu.

COKLAT

Menurut pakar, coklat merupakan makanan yang ideal. Disebalik rasanya yang sedap dan enak, ia juga kaya dengan nutrisi tambahan yang memulihkan tenaga. Bila stress dan korang terus makan coklat, ia mampu untuk mengeluarkan hormon endorfin ke dalam otak untuk merangsang emosi gembira. Jadi secara semula jadi ia dapat mengatasi dan mengawal stress korang. Tapi jangan lah jadikan coklat tu snek harian untuk korang kunyah hari-hari sebab nanti penyakit lain pula yang datang. Dark Chocolate merupakan jenis coklat yang terbaik kerana kandungan gula yang rendah.

KEKACANG

Secara saintifiknya kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, Magnesium dan Zink. Zat-zat ini semua berfungsi untuk mengurangkan kadar stress pada diri kita. Vitamin B2 membantu dalam mengeluarkan hormon serotonin yang berfungsi untuk membuat kita rasa gembira. Zink pula adalah antara komponen yang diperlukan untuk melawan stress, manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stress seperti penyakit jantung. Jadi makan lah kekacang sambil tengok bola!

SUSU

Susu adalah minuman yang kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan unsur-unsur berkaitan stress dalam badan. Satu kajian mendapati susu penuh dengan kebaikan Vitamin D yang mampu untuk mengurangkan simptom keresahan dan kemurungan.

MAKANAN LAUT

Kepada penggemar seafood ini lah masanya kalau korang stres boleh lah buat pesta makanan laut. Sumber ikan, terutamanya ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, serta ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan merupakan antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3. Ia berfungsi untuk membantu menstabilkan stress dengan mengurangkan kadar adrenalin dan kortisol dalam badan. 

BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh sememangnya kaya dengan Vitamin B yang dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Bijirin biasanya boleh didapati melalui roti, bijirin sarapan pagi (cereal), beras perang dan oat yang mengandungi karbohidrat kompleks yang meransang pengeluaran hormon serotonin. Kalau nak makan roti tu, pastikan kita makan jenis roti yang terbaik, iaitu roti wholemeal

BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN

Tak lain dan tak bukan, tentu lah kita kembali kepada nature manusia yang memerlukan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber pemakanan yang sihat. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu mengurangkan kesan stres dalam badan. Antioksidan yang tinggi ini membantu menghasilkan dopamin yang berfungsi untuk menajamkan tumpuan, memori serta membaiki mood seseorang. Sumber Vitamin C yang baik adalah seperti jambu batu, brokoli dan buah oren. Manakala sumber Vitamin E yang baik adalah seperti buah betik, sayur bayam dan buah zaitun. 

KATALAKI: Lepas ni tengok bola sambil makan kacang confirm tak stress!

Last modified: 19 June 2020