Maksud Sebenar “Piece of Cake”?

Sembang

Simpulan bahasa yang ada kaitan dengan makanan selalu kita gunakan termasuk lah juga bro-bro yang acah sado. Tanpa kita sedar kadang-kadang ada je terselit simpulan bahasa Inggeris dalam percakapan seharian kita. Contohnya macam, “Ahh, kalau setakat benda ni, piece of cake je brader.” Selain daripada kacang, cake juga selalu menjadi mangsa untuk dijadikan simpulan bahasa.

Mengikut kamus online Dewan Bahasa dan Pustaka, simpulan bahasa ialah dua perkataan atau lebih yang ada makna tertentu atau maksud tersembunyi. Maksud simpulan bahasa dalam Bahasa Melayu mungkin korang dah terrer. Okay bro okay.

Kali ni kita nak intai, selak dan rungkaikan maksud simpulan bahasa dalam Bahasa Inggeris yang ada kena-mengena dengan makanan, yang korang memang dah selalu gunakan tak kira lah tanpa sedar ke, separuh sedar ke, buat-buat tak sedar ke, jom kita tengok!

Piece of Cake

“Ahh, kalau setakat benda ni, piece of cake je brader.”

Siapa tak suka cake kan? Benda lembut dan senang dikunyah. Masuk mulut je hilang. Maksudnya sesuatu benda yang senang dan mudah untuk dilakukan.

Cheap as Chips

“Weh, tak yah la nak bayar balik teh o ais tadi tu. Cheap as chips je pun.”

Chips kat sini maksudnya kentang goreng atau keropok kentang. Benda yang murah untuk dibeli. Maksudnya untuk menunjukkan sesuatu benda tu murah sangat.

Cup of Tea

“Ah tak nak la aku. Chinggey ni bukan aku punya cup of tea.”

Maksudnya benda yang kita tak minat, tak suka atau tak berkenan. Tapi kalau secara positive pun boleh guna simpulan bahasa ni. Kalau daripada segi positive, maknanya benda yang kita suka dan memang minat.

Apple of My Eye

Chinggey aku ni la apple of my eye. Outstation lak minggu ni, pisang aku bro.”

Tak pasal-pasal pisang yang kena. Simpulan bahasa ni selalunya digunakan untuk orang tersayang la kan. Maksudnya sesuatu benda atau orang yang menjadi favourite kita. Kalau lembu pun korang punya apple of my eye pun okay je.

KATALAKI: Finger lickingood pun salah satu simpulan bahasa Inggeris yang famous. Korang selalu perasan kat mana simpulan bahasa ni?

Last modified: 12 January 2019