Maksud Sebenar Sco Pa Tu Manaa

Sembang

Kalau korang seorang pengguna Twitter yang tegar, mesti pernah ternampak ayat Sco Pa Tu Manaa kat timeline korang. Tapi korang tahu tak apa maksud sebenar Sco Pa Tu Manaa?

Korang faham tak dengan tweet kat atas tu? Kalau gunakan Google Translate untuk terjemahkan maksud Sco Pa Tu Manaa boleh dapat macam-macam maksud.

Image Via : google.com

Punca tercetusnya ayat Sco Pa Tu Manaa mula tersebar kat media sosial disebabkan ada penyanyi daripada Ghana, Kawoula Biov yang gunakan lirik Sco Pa Tu Manaa dalam lagunya yang bertajuk Daavi Neba. Sejak dari tu lah ayat Sco Pa Tu Manaa mula dijadikan sebagai meme di media sosial. Kalau korang nak dengar macam mana dorang sebut Sco Pa Tu Manaa, boleh tengok dalam video bawah ni minit yang ke 1:47.

Kami cuba gunakan Urban Dictionary untuk tengok apa maksud Sco Pa Tu Manaa ni. Ni yang kami dapat.
Kesimpulannya, Sco Pa Tu Manaa hanyalah bahasa di Twitter untuk meluahkan pendapat atau pun pengalaman masing-masing mengenai sesuatu isu. Kalau korang nampak Sco Pa Tu Mana kat timeline lepas ni boleh lah korang reply tweet tersebut dan bagi pendapat korang sendiri okeh.
KATALAKI: Banyak sangat meme kat media sosial sekarang ni sampai kadang-kadang tak terkejar dan tak faham apa lawak yang cuba disampaikan

Last modified: 15 November 2019