Maksud Sebenar Suit Terbaharu Batman Versi Robert Pattinson

Sembang

Selepas penantian beberapa bulan, tuan pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan filem edisi terbaharu trilogi adiwira kegemaran ramai; Batman iaitu Matt Reeves akhirnya mendedahkan suit Batman terbaharu yang bakal dipakai oleh aktor Robert Pattinson untuk filem siri ikon kelawar yang bakal muncul di pawagam pada tahun 2021.

Kostum terbaharu watak Batman yang bakal disaksikan oleh peminat dalam filem terbaharu Batman tersebut dikatakan sebagai “first look” dimana pengarah dan team produksi  “belanja” para peminat komik adiwira kelakar bagaimana rupa paras aktor Robert Pattinson akan diperlihatkan memegang watak sebagai Bruce Wayne aka Batman.

Filem reboot Batman yang bakal diarahkan oleh Matt Reeves adalah filem ke 10 dalam siri DC Extended Universe yang dijadual bakal dikeluarkan pada 25 Jun tahun 2021 namun details tentang plot dan jalan cerita untuk filem terbaharu Batman ini masih lagi menjadi rahsia ketat yang disimpan oleh team produksi Matt Reeves.

Akan tetapi terdapat beberapa khabar angin dan spekulasi yang mencadangkan filem reboot Batman versi Robert Pattinson ini akan menyaksikan watak Bruce Wayne dalam tahun ke-2 beliau membenteras jenayah di Gotham City sebagai Batman. Munurut laman web TheWrap, pengarah Matt Reeves inginkan menonjolkan watak Batman sebagai hero yang lebih berpengalaman maka plot dan jalan cerita para penonton dapat saksikan Batman yang sudah tahu bagaimana untuk melawan penjenayah. Terdapat juga khabar angin storyline filem terbaharu Batman ini diangkat daripada jalan cerita komik yang paling popular dalam siri komik Batman; The Long Halloween yang menyaksikan Bruce Wayne mengunakan skill sebagai seorang detektif untuk menyelesaikan misi dan membanteras penjahat yang cuba menjatuhkan Batman.

Walaupun ramai yang menagatakan camera test footage yang dikeluarkan oleh team produksi filem terbaharu Batman ini tidak mendedahkan sepenuhnya suit terbaharu Batman. Video bedurasi pendek itu hanya memaparkan sebahagian daripada kepala dan dada suit Batman yang dipakai oleh aktor siri filem Twilight; Robert Pattinson. Walaupun tiada pengesahan yang lanjut daripada pihak produksi Matt Reeves, para peminat Batman mengatakan suit terbaharu tersebut kelihatan seakan suit perisai logam daripada siri video game Batman: Arkham Knight. Mungkin kebetulan atau pun tidak, tetapi jelas terdapat logo Batman yang kelihatan hampir sama dengan siri game popular tersebut.

Dalam video pendek yang dikongsikan oleh Matt Reeves melalui account Twitter beliau. Fans dapat lihat bagaimana Robert Pattinson berjalan secara slo-mo dengan background cahaya lampu merah menyuluh kebahagian tubuh Robert Pattinson yang mengenakan suit terbaharu Batman.

LAMBANG BATMAN SEBENARNYA…

Para peminat dapat lihat dengan jelas logo terbaharu Batman yang cuba ditampilkan dimana kelihatan sedikit kecil kalau dibandingkan dengan logo Batman versi aktor Ben Affleck pada filem yang terdahulu. Ramai peminat yang mengatakan logo di bahagian dada Batsuit tersebut bukan seperti lambang Batman yang dijahit ke suit tersebut dan ianya juga seakan dibuat daripada logam besi yang diukir. Terdapat spekulasi dimana lambang Batman di dada suit tersebut diperbuat daripada besi senjata api yang sama yang telah digunakan untuk mengambil nyawa kedua-dua ibu bapa Bruce Wayne. Ini juga menunjukkan bahawa watak Batman kali ini lebih dramatik dan masih mempunyai trauma yang kuat kerana menyimpan senjata api yang mengubah nasib dan hidup beliau.

TELINGA BATMAN HILANG?

Walaupun pengarah dan team produksi filem terbaharu Batman sudah belanja sedikit teaser tentang suit terbaharu Batman kali ini. Namun masih terdapat beberapa elemen daripada Batsuit Batman yang masih tidak kelihatan dalam video footage camera test yang dikongsikan. Antara elemen daripada Batsuit yang membuatkan fans tertanya-tanya adalah bagaimana rupa telinga Batman untuk suit terbaharu ini. Macam pelik tapi sebenarnya memang telinga Batman memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana rupa keseluruhan suit Batman kerana terlalu banyak versi dan interpretasi Batman daripada bilangan pelukis komik siri Batman yang popular.

KATALAKI: Style juga Batman kali tapi lakonan belum tentu lagi lah jadi mari berhuhu…

Last modified: 16 February 2020