Korang pernah dengar tentang Maid Cafe tak? Kalau korang nak tahu, Maid Cafe ini sebenarnya merupakan sebuah kedai minuman & makanan yang mana pelayan-pelayannya memakai costume seperti seorang pembantu rumah (Maid).

Image Via: https://jw-webmagazine.com
Selain costume dorang yang unik, pelayan-pelayan ini juga memberikan perkhidmatan yang tiada di kedai makan lain yang mana korang boleh meminta pelayan tersebut untuk menyuap korang makan. Dengar macam pelik bukan? Tapi Maid Cafe seperti ini sangat terkenal di Jepun.

Image Via: https://matadornetwork.com
Pertama kali Maid Cafe diperkenalkan adalah pada March 2001 di Akihabara, Jepun yang diberi nama Cure Maid Cafe yang masih lagi beroperasi sehingga sekarang. Selepas popular di Jepun, konsep Maid Cafe ini mula terkenal di negara lain seperti China, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Image Via: https://www.buzzfeed.com
Costume Maid yang dorang gunakan diinspirasi daripada costume yang dipakai oleh French Maid. Selalunya pelayan-pelayan yang bekerja di Maid Cafe ini adalah gadis-gadis comel untuk menarik pelanggan lelaki namun ada juga cafe yang membawa ciri yang sama tapi untuk menarik pelanggan wanita, ia diberi nama sebagai Butlers Cafe yang mana semua pekerja dia adalah lelaki yang memakai costume Butlers.

Image Via: https://www.pinterest.com
Sebelum ini terdapat beberapa cafe yang membawa konsep yang sama di Malaysia namun banyak yang telah mengambil keputusan untuk menutup peniagaan mereka seperti Tenshi no Cafe yang sebelum ini berada di [email protected]

Image Via: https://www.facebook.com
Tapi minggu lepas, aku telah berpeluang untuk pertama kali merasa macam mana suasana berada di Maid Cafe! Event yang diberi nama Dawn Cafe – MLBB Maid Cafe ini telah di organize oleh Dream Square MC (D2MC) dan telah disokong oleh JTCafe, The Pantheon, Armaggeddon Malaysia dan MLBB E-Project.

Image Via: https://www.facebook.com
Event yang dijalankan di The Pantheon, The Square Subang Jaya ini membawa cosplayer–cosplayer yang terkenal di Malaysia untuk bertugas sebagai Maid dan memakai costume yang diinspirasi daripada watak-watak permainan video Mobile Legends: Bang Bang.

Image Via: https://www.facebook.com
Sama seperti Maid Cafe yang lain, Dawn Cafe – MLBB Maid Cafe juga membolehkan pelanggan-pelanggan yang hadir untuk meminta pelayan-pelayan untuk menyuap mereka makanan, menghiasi pinggan desert mereka dan juga bergambar dengan mereka.

Image Via: https://www.facebook.com
Antara cosplayers yang berada di event Dawn Cafe – MLBB Maid Cafe ini adalah Micho the Haram-Bae, Catnipx, Jojo Himemiya, Laeranduil, MaroCH dan juga Jason Bacons. Antara watak yang dorang cosplay semasa event ini adalah Angela, Lesley, Ruby, Kagura, Hanabi dan juga Valir.

Image Via: https://www.facebook.com
Pengalaman yang aku dapat daripada event ini memang lain daripada yang lainlah. Tengok dorang suap pelanggan makan apa semua memang korang tak akan dapat tengok situasi macam ini dekat kedai makan lain. Kalau tak percaya cubalah korang pergi kedai mamak pastu suruh dorang suap korang makan hahaha!

Image Via: https://www.facebook.com
Apa-apa pun terima kasih kepada Micho the Haram-Bae dan pihak Dream Square MC (D2MC) sebab jemput aku datang ke event ini. Dorang kata tak lama lagi dorang akan buat second event. Kalau korang nak tahu bila, silalah follow dorang dekat Facebook Dream Square MC.
KATALAKI: Nasib baik aku datang dengan makwe, kalau datang sorang mesti makwe jeles hahaha!