Malaysia Esports Bootcamp Bermula September 2019!

Game, Tech

Minggu lepas, Firdaus Hashim selaku Pengurus Esports bagi pasukan Malaysia telah menyatakan yang program latihan (Bootcamp) untuk atlet Esports Malaysia akan bermula pada 1 September 2019 ini. Mereka turut menyatakan mereka akan shortlist daripada 50 orang pemain kepada 21 orang pemain sahaja sebelum bootcamp bermula.

Seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn, pemilihan akan dilakukan bermula pada 1 Ogos sehingga 15 Ogos 2019 bagi memastikan pemain mana akan dimasukan ke bootcamp dan akan mewakili Malaysia dalam acara Esports Sukan Sea 2019.

Atlet dikatakan akan menghadiri beberapa kelas teori dan gameplay training. Tidak dilupakan mereka juga akan melakukan latihan ketahanan fizikal dan juga mental. Bagi aku latihan-latihan seperti ini sangat bagus cumanya aku berharap sangat kalau dorang boleh buat satu lagi kelas iaitu kelas berhadapan dengan pihak media.

Bukan apa sebab rata-rata atlet Esports kita masih lagi malu-malu dan kurang mahir bila berhadapan dengan media. Mungkin latihan seperti ini boleh ditambah dalam bootcamp supaya atlet Esports kita lebih mahir berbicara seperti atlet sukan kita yang lain.

Selain itu, Encik Firdaus Hashim juga menyatakan yang penerangan termasuk kontrak, buku peraturan dan jadual latihan turut akan dikongsi kepada atlet semasa bermulanya bootcamp itu nanti. Dengan tempoh 3 bulan bootcamp ini dijalankan, ianya diharapkan memberikan masa yang cukup kepada atlet-atlet kita untuk berlatih dan mempamerkan gameplay yang terbaik semasa Sukan Sea 2019 nanti.

Dalam masa yang sama, pihak Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) turut menyenaraikan beberapa orang jurulatih khas untuk program bootcamp yang akan diadakan pada 1 September 2019 nanti. Korang kenal tak siapa dorang ini semua?

Kalau melihat nama yang disenaraikan, kita boleh lihat semua jurulatih yang dipilih merupakan orang yang sangat dikenali dalam scene Esports di Malaysia. Buat masa ini, hanya 1 ketua jurulatih dan 4 jurulatih khas untuk 4 permainan video yang telah diumumkan. Berikut merupakan mereka-mereka yang telah dipilih:

KETUA JURULATIH: AHMAD SYAZWAN ANUAR (ADTR)

DOTA2: YAP CHEE LOONG (KENCHI)

ARENA OF VALOR: GOH WEE THEAN (NIMORA)

MOBILE LEGENDS: MOHD AMIRUL AIMAN (LAPHEL)

TEKKEN 7: AHMAD TARMIZI MOHAMMAD FOZI

Menurut laporan MyGameOn, dua lagi permainan video iaitu Hearthstone dan Starcraft 2 masih belum diumumkan setakat ini. Aku berharap mereka dapat memilih pemain-pemain pro yang sedia ada untuk menjadi jurulatih untuk atlet Esports bagi dua permainan video ini.

Kesemua pemain akan diberikan merit oleh jurulatih berdasarkan prestasi, keserasian dan pelbagai penilaian lain bagi memastikan siapa yang akan dipilih untuk bermain bagi negara Malaysia. Aku berharap semua penilaian ini dapat dilakukan dengan lancar dan tiada cerita-cerita belakang tentang pilih bulu!

Sukan Sea 2019 akan bermula pada November dan melihatkan 6 permainan video akan dipertandingkan iaitu Arena of Valor (AOV), Mobile Legends: Bang Bang, Hearthstone, Dota 2, Tekken 7 dan juga Starcraft II. Group stage akan bermula pada 5 Disember dan Grand Final akan diadakan pada 9 dan 10 Disember.

KATALAKI: Aku just nak tahu siapa pemain yang akan dipilih untuk mewakili Malaysia!

Last modified: 5 August 2019