Malaysia No 5, Ni Acara Rare Dalam Sukan SEA 2019

Aktif, ZeKool

Tahniah untuk kontinjen Malaysia termasuklah atlet, jurulatih dan petugas perubatan yang berjuang demi negara kita, Malaysia di Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina pada 30 November sehingga 11 Disember 2019 hari tu. Kontinjen Malaysia berjaya mengumpul 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa untuk berada di tempat ke-5 dalam senarai pungutan pingat kesuluruhan.

Walaupun kontinjen Malaysia gagal untuk mencapai sasaran awal pungutan pingat yang dah ditetapkan iaitu 70 emas, 51 perak dan 105 gangsa, tapi kita tak sepatutnya terus menghentam atlet-atlet yang dah pun berjuang habis-habisan demi negara. Mungkin ada beberapa kekurangan yang berlaku menyebabkan atlet Malaysia gagal mencapai sasaran. Bila ada kekurangan, ni lah masanya untuk kaji dan perbaiki kesilapan tersebut untuk kejayaan masa akan datang.

Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur, kontinjen Malaysia berjaya menjadi juara keseluruhan pungutan pingat selepas mengumpul 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa menewaskan Thailand di tempat ke-2, Vietnam di tempat ke-3 dan Singapura di tempat ke-4.

Sukan SEA 2019 kali ni, tuan rumah iaitu Filipina berjaya menjadi juara keseluruhan menewaskan Vietnam di tempat ke-2, Thailand di tempat ke-3, Indonesia di tempat ke-4 dan Malaysia di tempat ke-5.

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin pun dah minta maaf kepada rakyat Malaysia diatas kegagalan yang berlaku. Kita sebagai rakyat Malaysia yang tengok atlet negara beraksi kat dalam TV pun tahu macam-mana penat lelah di sebalik tabir yang dilalui oleh setiap atlet untuk berjuang dalam arena sukan demi negara. Tahniah dan terima kasih untuk atlet Malaysia yang bertanding di Sukan SEA 2019. Sukan SEA 2021 kat Vietnam nanti kita comeback stronger!

Sebanyak 56 acara sukan yang dipertandingkan di Sukan SEA 2019 kali ni, ini antara acara sukan yang rare kat Sukan SEA 2019 yang mungkin korang pun tak perasan. Mari kita tengok.

BREAKDANCE

Atlet negara, Sam Jee Lek atau lebih dikenali sebagai Lego Sam berjaya menang pingat emas untuk acara Breakdance, pingat emas pertama Malaysia dalam acara Breakdance di Sukan SEA. Kali pertama sukan Breakdance dipertandingkan di Sukan SEA adalah pada tahun 2005, juga berlangsung di Filipina.

UNDERWATER HOCKEY

Format permainan yang lebih kurang sama dengan sukan hoki di atas padang, tapi Underwater Hockey memerlukan pemain untuk berada di dalam air untuk menjaringkan gol. Ada dua acara yang dipertandingkan untuk kategori lelaki dan wanita dalam sukan Underwater Hockey iaitu acara 4 lawan 4 dan 6 lawan 6. Semua acara dalam sukan Underwater Hockey di Sukan SEA 2019 dimenangi oleh atlet lelaki dan wanita Singapura.

OBSTACLE SPORTS

Kali pertama dipertandingkan di Sukan SEA 2019, ada 6 acara yang dipertandingkan dalam Obstacle Sports iaitu Men’s 100 m, Men’s 5 km, Women’s 100 m, Women’s 5 km, Team Relay 400 m dan Team Assist 400 m. Atlet dari Filipina berjaya menang 6 pingat emas untuk semua acara, atlet Malaysia berjaya menang pingat perak untuk 3 acara iaitu Men’s 100 m, Team Relay 400 m, dan Team Assist 400 m.

KATALAKI: Sekali lagi tahniah dan terima kasih untuk atlet Malaysia yang bertanding di Sukan SEA 2019!

Last modified: 17 December 2019