Malware Alert! Jangan Download Game Ni!

Gadget, Tech

Pada 19 Nov yang lepas, Seorang pengguna Twitter yang merupakan seorang Malware Researcher dari ESET telah memaklumkan kepada semua pengguna peranti Android untuk tidak memuat turun 13 app permainan mobile yang dikatakan mempunyai Malware!

Lukas Stefanko telah menyatakan yang kesemua 13 permainan mobile ini telah di download lebih dari 560,000 pengguna Android.


Aplikasi ini dikatakan akan membuat pengguna memuat turun file APK yang berlainan dan pengguna terpaksa install di peranti mereka.

2 dari aplikasi yang dilapor oleh Lucas juga dikatakan berada didalam tab Trending di Google Playstore. Kesemua aplikasi ini dikatakan tidak mempunyai function yang betul dan akan memaksa pengguna memuat turun APK Game Center secara paksa.

APK ini juga dikatakan akan menyembunyikan ikonnya dan akan menunjukan Ads bila peranti di unlock.

Jurucakap Google telah menyatakan yang mereka telah mengambil langkah untuk membuang kesemua 13 aplikasi yang dilaporkan dari Playstore demi menjaga keselamatan pengguna peranti Android.

Bawah ini adalah senarai 13 aplikasi yang telah dilaporkan. Kalau korang ada download aplikasi ini dekat peranti Android korang, sila uninstall secepat mungkin!

  • Truck Cargo Simulator
  • Extreme Car Driving Racing
  • City Traffic Moto Racing
  • Moto Cross Extreme Racing
  • Hyper Car Driving Simulator
  • Extreme Car Driving City
  • Firefighter-Fire Truck Simulator
  • Car Driving Simulator
  • Extreme Sport Car Driving
  • SUV 4×4 Driving Simulator
  • Luxury Cars SUV Traffic
  • Luxury Car Parking
  • SUV City Climb Parking

Lepas ini sila berhati-hati sebelum korang download or install apa-apa aplikasi dekat smartphone korang. Jangan main download je aplikasi yang merepek ya!

KATALAKI: Sekarang ni banyak Malware yang bahaya. Sila tengok-tengok sikit smartphone ahli keluarga korang kot-kot ade aplikasi yang macam ni.

Last modified: 27 November 2018