Mampu Ke PC Korang Handle Devil May Cry 5?

Game, Tech

Devil May Cry 5 merupakan permainan video terbaru yang akan dikeluarkan oleh Capcom pada 08 March 2019 untuk PS4, Xbox One dan juga PC.

Devil May Cry kali ini dilihat lebih memfokuskan tentang Nero dan Dante selepas beberapa tahun kejadian Order of The Sword. Nero bersama Nico, salah satu watak baru yang diperkenalkan didalam Devil May Cry 5 yang bertanggungjawab mencipta senjata baru untuk Nero iaitu Devil Breaker.

Beberapa hari yang lepas, minimum requirement dan recommended requirement untuk permainan video ini telah diperlihatkan pada laman rasmi Devil May Cry 5 di Steam.

Dibawah ni korang boleh tengok sama ada PC korang sekali boleh atau tidak main game Devil May Cry 5 ni :

Minimum System Requirement

  • OS : Windows 7 (64-bit)
  • Processor : Intel® Core i7-4770 3.4GHz keatas.
  • Memory : 8 GB RAM
  • Graphic : NVIDIA GeForce GTX760 ke atas.
  • DirectX : Version 11
  • Storage : 35 GB minimum

Recommended System Requirements

  • OS : Windows 7 (64-bit)
  • Processor : Intel Core i7-4770 3.4GHz keatas.
  • Memory : 8 GB RAM
  • Graphic : NVIDIA GeForce GTX960 keatas
  • DirectX : Version 11
  • Storage : 35 GB minimum

 

Pada TGS 2018 (Tokyo Game Show 2018) yang lepas, pihak Capcom juga menunjuk beberapa video awal untuk gameplay Devil May Cry 5 dan bagi mereka yang membeli Devil May Cry 5 edisi Deluxe juga akan menerima senjata Devil Breaker versi Mega Buster, Senjata yang selalu digunakan oleh Mega Man!

 

KATALAKI: Sempat lagi ni korang nak upgrade PC sebelum March tahun depan!

Last modified: 11 January 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *