Manchester Derby! Biru Lawan Merah!

Aktif, Bola

Pertembungan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong-penyokong The Citizens dan Red Devils, kini bakal kita dapat saksikan pada hari Isnin, 12 November, 12.30 pagi. Bukan je peminat Manchester City dan Manchester United je yang excited dengan game ni, semua peminat bola sepak di seluruh dunia menantikan perlawanan adik-beradik ni, nak-nak lagi semenjak Manchester City mula menjadi nama besar dalam kancah bola sepak.

Sebelum kita saksikan pertembungan epik ni, mari kita tengok antara key point penting perlawanan Manchester Derby antara Manchester City dan Manchester United.

Rekod Pertemuan

Perlawanan terakhir antara Manchester City dan Manchester United ialah pada 8 April 2018 dalam saingan Premier League, Manchester United berjaya tewaskan Manchester City dengan jaringan 3-2.

Sumber : premierleague.com

Rekod pertemuan Manchester Derby sebelum ni menyaksikan Manchester United berjaya menang 21 perlawanan dan Manchester City berjaya menang 13 perlawanan dalam 42 perlawanan kesuluruhan.

Sumber : premierleague.com

Pep Guardiola VS Jose Mourinho

Sumber : squawka.com

Dua manager yang mempunyai etika pengurusan kelab dan taktikal permainan yang berlainan, Pep Guardiola dan Jose Mourinho memulakan tugas di kelab masing-masing pada tahun yang sama iaitu pada tahun 2016.

Musim pertama Pep Guardiola dengan Manchester City, Pep Guardiola berjaya membimbing Manchester City dapat tempat ke-3 di penghujung musim. Jose Mourinho pula tamatkan musim pertama dengan Manchester United di tempat ke-6.

Permusuhan antara Pep Guardiola dan Jose Mourinho sebenarnya bermula pada tahun 2010, Barcelona yang dibimbing oleh Pep Guardiola bertemu team Jose Mourinho, Inter Milan di perlawanan separuh akhir UEFA Champions League.

Pep Guardiola dan Jose Mourinho sekali lagi bertembung pada tahun 2011, kali ni di La Liga apabila Jose Mourinho jadi manager Real Madrid bertemu Barcelona dalam perlawanan epik El Clasico. Masa ni setiap kali match El Clasico memang confirm ada yang bertekak kat dalam padang.

Sumber : EPA

Sergio Aguero VS Anthony Martial

Setakat ni Sergio Aguero antara player yang masih aktif yang menjaringkan gol terbanyak dalam pertembungan Manchester Derby.

Dengan prestasi Anthony Martial yang semakin tajam di depan gol sekarang ni, mungkin perlawanan Manchester Derby nanti kita dapatkan saksikan jaring gol Manchester City koyak dengan rembatan padu Anthony Martial. Kita bandingkan prestasi Sergio Aguero dan Anthony Martial musim ni.

Ederson Moraes VS David de Gea

Kali ni juga kita akan saksikan pertembungan dua penjaga gol terbaik di Premier League, Ederson dan David de Gea. Ramai pemerhati bola sepak yang mengkritik prestasi penjaga gol nombor satu Sepanyol, David de Gea musim ni yang agak kurang memuaskan berbanding musim-musim sebelum ni. Ada juga yang menyalahkan barisan pertahanan Manchester United yang kureng padu punca David de Gea banyak bolos. Ini statistik Ederson dan David de Gea untuk musim ni.

Sumber : premierleague.com

Sumber : premierleague.com

Korang rasa Manchester Derby kali ni akan ada gaduh tak? Jose Mourinho pun sekarang ni pun lain macam je menganjing. Masa lawan Juventus dekat UEFA Champions League hari tu bukan main lagi celebrate. Sama-sama lah kita tunggu match yang boek ni okeh!

KATALAKI: Korang nak Manchester blue menang ke Manchester red?

Last modified: 9 November 2018