Mane atau Mahrez. Siapa Yang Pernah Menang Piala African Cup of Nations?

Aktif, Bola

Tak ramai yang sedar sebenarnya kejohanan African Cup of Nations dah pun sampai ke peringkat akhir. Tak lama lagi kita akan tahu negara mana yang akan menjulang piala African Cup of Nations 2019. Kekurangan tahap kesedaran rakyat Malaysia pasal African Cup of Nations kali ni mungkin disebabkan takde siaran langsung yang disiarkan kat mana-mana stesen TV di Malaysia. Tapi takpe, kalau korang nak baca dulu pasal African Cup of Nations 2019, boleh baca dulu kat sini. Kami ada kongsikan hari tu.

Perlawanan akhir African Cup of Nations 2019 akan berlangsung pada 20 Julai 2019, pukul 3 pagi waktu Malaysia, Senegal akan bertemu dengan Algeria untuk menentukan pasukan mana yang akan menjulang piala dan memegang gelaran juara African Cup of Nations 2019.

Pemain yang akan mencuri tumpuan dalam perlawanan akhir ni dah tentu sekali dua pemain yang beraksi dalam Premier League iaitu Sadio Mane dan Riyad Mahrez, masing-masing bermain untuk pasukan Liverpool dan Manchester City.

Setakat ni, Sadio Mane dan Riyad Mahrez dah berjaya jaringkan 3 gol untuk pasukan masing-masing dalam African Cup of Nations 2019. Sadio Mane dan Riyad Mahrez juga belum pernah lagi menang apa-apa piala untuk negara masing-masing. Sama ada Sadio Mane atau Riyad Mahrez, salah seorang akan menjulang piala untuk negara masing-masing buat julung kalinya.

Ini perjalanan pasukan Senegal dan Algeria menuju ke perlawanan akhir.

Untuk info, Nigeria dah pun secara rasmi dapat tempat ke-3 dalam kejohanan African Cup of Nations 2019 selepas berjaya kalahkan Tunisia.

KATALAKI: Kalau ikut atas kertas, mungkin Senegal boleh menang African Cup of Nation 2019 memandangkan Senegal ada ramai star player yang lain selain Sadio Mane.

Last modified: 18 July 2019