Mangkuk Tandas Disaluti Emas?

Sembang

Macam mana nak buktikan yang korang betul-betul kaya? Korang perlu balut semua benda yang korang ada dengan emas! Walaupun rakyat marhaen cuma mampu jadikan emas sebagai barang perhiasan, tapi bagi segelintir orang kaya yang ada dekat seluruh dunia mereka mula membeli barang-barang biasa tapi disaluti dengan emas. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa barang yang korang sendiri tak sangka disaluti dengan emas!

TOILET

Tandas ini telah dibina oleh Hang Fung Gold Technology, sebuah syarikat yang terletak di Hong Kong. Tandas ini telah disaluti dengan 24k solid gold dan bernilai USD37 million! Sebenarnya ada cerita menarik bagaimana dorang boleh terfikir untuk bina tandas yang disaluti dengan emas ini.

Tandas ini sebenarnya diinpirasi daripada bekas ketua Soviet iaitu Vladimir Lenin. Semasa dia sedang memerintah, dia telah menjanjikan kepada rakyat dorang yang mana andai kata dorang terus menyokong dan mengundi parti komunis, dia akan membina tandas awam yang akan diperbuat daripada emas tulen!

TISU TANDAS

Kalau korang mampu beli tandas yang diperbuat daripada emas, korang dah tentu mampu beli tisu tandas yang diperbuat daripada emas juga! Baru betul complete set. Tisu tandas ini telah dikeluarkan oleh Toilet Paper Man dan tisu ini telah disaluti dengan 22 karat emas.

Tisu ini 100% selamat untuk digunakan. Bila korang order tisu tandas ini, korang akan menerima sebuah kotak yang cantik dan ia juga didatangkan dengan sebotol champagne. Korang rasa-rasa berapa harga untuk segulung tisu tandas ini? Kalau korang nak tahu, segulung tisu tandas ini dijual dengan harga USD1.3 million!

EARPHONE

Kalau korang rasa ada Apple Earpod dah cukup kaya, mesti korang tak pernah tahu wujud earphone yang dikeluarkan oleh Happy Plugs ini. Earphone yang diberi nama Earbud 18 Carat ini bukan sahaja satu barang tech tapi ia juga boleh dijadikan sebagai satu barang kemas.

 

Earphone ini merupakan earphone pertama yang dibaluti dengan emas dan dijual kepada orang umum. Earphone ini dibina secara handmade dan mengambil masa selama lima minggu untuk disiapkan. Emas seberat 25 gram digunakan bagi setiap belah earphone ini dan ia telah dijual pada harga USD14,500 setiap satu.

GOLDEN TEMPLE

Ok yang ini agak rare sikit. Di India, ada sebuah temple yang telah dibaluti dengan emas. Temple yang diberi nama Harmandir Sahib ini terletak di Punjab, India. Ia merupakan kuil untuk orang beragama Sikh sembahyang dan melakukan acara keagamaan mereka. Namun temple ini bukanlah dibina dengan emas sejak daripada awal.

Temple ini telah diserang oleh kumpulan pemberontak pada tahun 1762. Pada tahun 1764, temple ini telah dibina semula atas arahan Sultan-e Quam Sardar Jassa Singh dan telah siap dibina semula pada tahun 1776. Kemudiannya, pengikut temple ini telah bersama-sama mengumpul duit untuk membaluti temple ini dengan emas tulen!

KATALAKI: Macam manalah rasanya buang air besar dekat golden toilet tu eh?

Last modified: 30 October 2019