Manusia² Yang Membesar Dengan Haiwan!

Sembang

Korang pernah tak tengok movie The Jungle Book atau Tarzan? Mesti pernahkan. Korang bayangkan yang seorang budak kecil yang terpaksa membesar dengan haiwan-haiwan liar disebabkan ditinggalkan keluarga atau dia sesat di dalam hutan sejak dari kecil.

via GIPHY

Well sebenarnya kes-kes macam ini memang wujud dalam dunia nyata jadi ianya bukanlah setakat cerita dongeng yang orang saja-saja reka. Ada diantara dorang yang sesat di dalam hutan dan ada juga diantara dorang membesar dengan haiwan disebabkan mak dan ayah dorang kurang bagi kasih sayang dan perhatian. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa kes tentang manusia yang membesar dengan haiwan.

MONKEY BOY

John Ssebunya baru saja berumur empat tahun bila dia melarikan diri ke dalam hutan. Mesti korang pelik kenapa kecik-kecik dia dah lari masuk dalam hutankan? Well dia larikan diri ke dalam hutan disebabkan dia melihat sendiri ayah kandung dia bunuh ibu dia dan disebabkan dia takut menjadi mangsa seterusnya, dia bertindak untuk menyorok di dalam hutan berdekatan. Disebabkan masih kecik, dia telah sesat di dalam hutan tersebut dan dikatakan telah dibesarkan oleh sekawan monyet jenis vervet monkey.

Sehinggalah pada tahun 1991 barulah dia dijumpai oleh orang kampung namun dia telah bertindak ganas dan tidak mahu diselamatkan. Monyet-monyet yang berada berdekatan dengan John juga melindungi dirinya dengan membaling kayu ke arah orang kampung. Orang kampung berjaya juga menyelamatkan John dan dia telah diajar bercakap dan berkelakuan seperti manusia normal kembali. Kini John sudah boleh bercakap dan mula berinteraksi seperti manusia biasa malah John mempunyai minat untuk menyanyi dan dia merupakan ahli Pearl of Africa Children Choir!

JUNGLE GIRL

Rochom P’ngieng baru sahaja berumur lapan tahun ketika dia hilang daripada rumah. Ketika dia sedang menjaga kerbau kepunyaan keluarganya, dia telah tersesat ke dalam hutan dan tidak dapat dijumpai oleh keluarga dan orang kampung sehinggalah dia berusia 26 tahun. Selepas 18 tahun sesat di dalam hutan, Rochom telah dijumpai oleh orang kampung pada tahun 2007.

Dia yang ketika itu tidak berpakaian dilihat cuba masuk ke kawasan perumahan disitu untuk mencari makanan. Dia kemudianya telah ditangkap dan ibu dan bapanya telah mengesahkan itu adalah anak mereka yang telah hilang 18 tahun dahulu berdasarkan parut yang terdapat pada badannya. Dia kemudian telah dirawat dan diajar bercakap namun pada tahun 2010, Rochom mengambil keputusan untuk lari masuk ke dalam hutan kembali. Kadang kala dia akan balik ke kawasan rumahnya untuk mencari makanan dan kemudian lari kembali ke dalam hutan.

DOG GIRL

Oxana Malaya yang merupakan warga Russian yang telah dibesarkan oleh anjing selama beberapa tahun. Sejak berusia tiga tahun, Oxana telah dibiarkan membesar di dalam rumah anjing dikawasan rumahnya.  Ayah dan ibu Oxana merupakan seorang kaki botol dan mereka telah mengabaikan Oxana sejak kecil lagi. Ini membuatkan Oxana mencari kasih sayang dengan anjing-anjing yang dibela oleh keluarganya.

Pada usia lapan tahun, jiran-jiran telah perasan yang Oxana telah dibiarkan tidur di dalam kandang anjing dan mereka mengambil keputusan untuk menghubungi pihak berkuasa. Ketika mereka cuba menyelamatkan Oxana, anjing-anjing yang berada disitu cuba menyerang pihak berkuasa namun mereka berjaya menenangkan haiwan tersebut. Oxana mengambil masa hampir 10 tahun untuk belajar bercakap dan kini dia tinggal bersama-sama teman lelakinya di sebuah ladang sambil menjaga haiwan-haiwan disana.

KATALAKI: Paling kesian dengan kisah Oxana, ada mak dan ayah pun tapi tetap dibiarkan membesar dengan anjing haisshhh.

Last modified: 19 June 2019