Manusia Paling Tinggi Di Dunia!

Sembang, ZeKool

Pituitary Gigantism, Marfan Syndrome, Eunuchoid Tallness, Sotos Syndrome dan Acromegaly merupakan antara simptom yang menyebabkan manusia membesar lebih daripada manusia biasa. Pituitary Gigantism merupakan penyebab biasa yang dimiliki oleh manusia yang membesar daripada saiz normal ini.

Ini biasanya terjadi apabila hormone daripada cell di dalam pituitary gland tidak berhenti membesar. Ramai manusia-manusia yang mempunyai rekod manusia paling tinggi di dunia mempunyai Pituitary Gigantism. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa orang manusia yang mempunyai ketinggian yang lebih berbanding dengan manusia normal.

BRAHIM TAKIOULLAH

Brahim Takioullah mempunyai ketinggian 8 kaki 1 inci. Selain memegang rekod antara manusia paling tinggi di dunia, Brahim Takioullah juga memegang rekod manusia yang mempunyai kaki paling besar iaitu sebesar 15 inci. Pada usia 18 tahun, dia telah dibawa ke hospital setelah dia didapati membesar lebih daripada kanak-kanak biasa. Setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat tumor yang menyebabkan growth hormone dalam dirinya terus membesar.

Dia yang berasal dari Morocco menyatakan walaupun dia memegang rekod dunia, kehidupannya sebenarnya agak mencabar dan sangat menyusahkan. Dia tidak boleh berdiri dengan betul di dalam rumahnya sendiri dan terpaksa berjalan kaki untuk kemana-mana kerana tidak muat untuk menaiki kereta. Dia juga terpaksa memakai kasut khas kerana kakinya tidak mampu untuk menampung berat badannya.

DON KOEHLER

Don telah dilahirkan pada 1 September 1925 di Montana, Amerika Syarikat. Ketika dia dilahirkan, dia tidak mempunyai tanda-tanda pembesaran yang tidak normal namun apabila umurnya mencecah 10 tahun, pembesaran mula dilihat tidak normal dan dia menjadi semakin membesar dan tinggi. Dia telah memegang rekod manusia paling tinggi dari tahun 1969 sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1981.

Ketika akhir hayatnya, dia telah menghidap Kyphosis. Penyakit ini telah menyebabkan tulang belakangnya membengkok. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di Chicago pada usia 55 tahun disebabkan serangan jantung. Don mempunyai kakak kembar dan kakaknya membesar seperti biasa iaitu pada ketinggian 5 kaki 9 inci berbanding Don yang mempunyai ketinggian 8 kaki 2 inci!

SULTAN KOSEN

Sultan Kosen telah dilahirkan pada 10 Disember 1982 di Turkey. Seperti Don Koehler, Sultan juga mempunyai ketinggian seperti kanak-kanak biasa namun apabila masuk sahaja usia 10 tahun, ketinggiannya mula nampak tidak normal apabila dia membesar lebih daripada 6 kaki! Sultan yang mempunyai ketinggian 8 kaki 3 inci telah cuba untuk mengeluarkan tumor yang menyebabkan pembesaran tidak normalnya namun tidak berjaya kerana walaupun tumor itu berjaya dikeluarkan, pembesaran masih lagi berlaku.

Disebabkan tumor tersebut telah merebak jauh bahagian otaknya, doktor daripada University of Virginia mencadangkan untuk menggunakan Gamma Knife bagi mengeluarkan kesemua baki tumor tersebut. Pembedahan tersebut telah berjalan lancar dan pada tahun 2012, pembesarannya telah disahkan berhenti!

ROBERT WADLOW

Digelar sebagai The Giant of Illinois, Robert Wadlow merupakan manusia paling tinggi di dunia yang mana mempunyai ketinggian 8 kaki 11 inci! Dia telah dilahirkan pada tahun 1918 di Alton, Illinois. Robert dilihat mempunyai masalah pembesaran sejak dia dari kecil lagi. Pada usia 8 tahun, dia sudah pun mempunyai ketinggian 6 kaki 2 inci dan seberat 77 kilogram.

Disebabkan pembesar yang tidak normal, Robert juga mempunyai beberapa penyakit lain seperti mempunyai masalah untuk bergerak. Dia terpaksa menggunakan leg braces pada kakinya kerana tulang pada kakinya sangat lemah dan tidak mampu untuk menampung berat badannya. Dia telah meninggal dunia pada usia 22 tahun apabila dia telah meninggal ketika sedang tidur.

KATALAKI: Jadi manusia paling tinggi di dunia pun ada kekurangannya. 

Last modified: 16 January 2020