Manusia Sebenar Yang Ada Superpower!

Sembang

Korang ingat lagi tak article aku tentang Natasha Demkina, seorang wanita biasa yang dikatakan mempunyai superpower dan mempunyai kebolehan pandangan X-Ray? Kalau korang tak baca lagi, korang boleh klik dan baca tentang kehebatan Natasha Demkina dekat SINI.

Untuk pengetahuan korang, Natasha bukan seorang sahaja manusia biasa yang mempunyai superpower. Terdapat ramai lagi manusia yang mempunyai superpower mereka sendiri dan hari ini aku akan share dengan korang beberapa manusia biasa yang mempunyai superpower dan saintis masih lagi keliru bagaimana mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa ini.

BEN UNDERWOOD

Ben Underwood telah buta sejak dari kecil lagi akibat Kanser. Walaupun dia sudah tiada kebolehan untuk melihat seperti manusia biasa, Ben telah dikurniakan satu kebolehan yang mana dia boleh “melihat” dan mengetahui apa yang berada disekitarnya dengan hanya membuat bunyi menggunakan lidahnya. Ia seperti menggunakan pantulan bunyi ataupun echolocation seperti mana yang dilakukan oleh kelawar dan ikan lumba-lumba.

Dengan keupayaan ini, Ben Underwood masih melakukan perkara yang dilakukan oleh remaja lain seperti bermain roller blade, skateboard dan memasuki pertandingan bela diri. Namun hidup Ben tidak lama kerana pada Januari 2009, Kanser pada matanya telah merebak dan telah mengambil nyawanya pada usia 16 tahun.

DAVE MULLINS

Dave Mullins yang berasal dari New Zealand merupakan seorang freediver dan pemegang rekod dunia. Dia bukan saja mempunyai menahan nafas paling lama dalam air tapi dia juga mempunyai kebolehan untuk berenang dengan lebih jauh berbanding manusia biasa sehinggakan dia mendapat gelaran The Real Aquaman!

Pada September 2007, Dave Mullins telah memecahkan rekodnya sendiri dengan berenang sejauh 244 meter dalam masa empat minit dan dua saat dengan hanya sekali nafas sahaja! Pada tahun 2008, dia berjaya menjadi antara lima manusia yang menyelam melebihi 100 meter tanpa sebarang tangki oxygen!

WIM HOF

Dikenali sebagai The Iceman, Wim Hof merupakan manusia yang berjaya berlari sejauh 200 kilometer dengan suhu serendah -20 degress tanpa sebarang baju dan juga kasut! Medic yang berada disana pada masa itu telah menasihatkan Wim untuk tidak meneruskan larian kerana takut jari kakinya akan membeku namun ketika dia menamatkan lariannya, jari kakinya tidak mengalami apa-apa kerosakkan langsung!

Wim Hof memberitahu dia telah mempelajari Tummo, satu cara untuk mengawal suhu badan yang mana sebelum ini hanya dipelajari dan dikuasai oleh sami-sami Tibetan. Wim Hof juga berjaya mendaki gunung Kilimanjaro dalam masa dua hari sahaja tanpa sebarang kelengkapan dan hanya memakai sehelai seluar pendek berwarna hitam!

MICHEL LOTITO 

Michel Lotito ataupun dikenali sebagai Monsieur Mangetout (MrEats All) merupakan seorang penghibur dari Perancis. Seperti nama gelaran yang diberikan kepadanya, dia mula menjadi terkenal kerana dikatakan mampu makan apa sahaja termasuklah gelas, getah dan juga besi tanpa mengakibatkan apa-apa kecederaan kepada dirinya!

Michel dikatakan mempunyai satu simptom yang dikenali sebagai Pica. Mereka yang menghidapi simptom ini mempunyai kelebihan untuk memakan benda yang manusia normal tidak boleh makan seperti pasir, batu dan juga besi. Selain itu, usus Michel dilihat lebih tebal berbanding manusia biasa dan ini membuatkan dia tidak cedera walaupun memakan benda-benda tajam. Salah satu benda yang membuatkan dia dikenali diseluruh dunia adalah apabila dia telah memakan sebuah kapal terbang Cessna 150. Dia berjaya memakan kapal terbang ini dalam masa dua tahun dengan memakannya sedikit demi sedikit!

KATALAKI: Kalau jadi macam Michel Lotito mesti boleh jimat duit banyakkan?

Last modified: 13 January 2020