Kalau korang kaki dive, mesti dah kenal sangat dah dengan Mariana Trench ni. Tapi kalau ada yang baru pertama kali dengar, Mariana Trench, terletak di lautan Pasifik dan dekat dengan negara Filipina, merupakan kawasan laut paling dalam di dunia. Setakat ni, rekod kedalaman Mariana Trench yang berjaya dicatat ialah sejauh 10,927 meter.

Image Via : kidsnews.com.au
Dah banyak dah kajian yang dilakukan untuk menentukan kedalaman Mariana Trench ni sebenarnya. Kali pertama kajian dilakukan pada tahun 1875 oleh kapal British, H.M.S Challenger dan berjaya merekodkan kedalaman sejauh 8,184 meter menggunakan teknik ukuran melalui bunyi.

H.M.S Challenger. Image Via : divediscover.whoi.edu
Setakat ni, hanya 3 kali je manusia pernah berjaya masuk ke dalam Mariana Trench. Kali pertama pada tahun 1960 oleh seorang tentera laut Amerika Syarikat, Don Walsh dan seorang jurutera, Jacques Piccard menggunakan kapal selam yang direka khas. Dorang berjaya mencatat kedalaman sejauh 10,916 meter.

Don Walsh dan Jacques Piccard. Image Via : spectrum.ieee.org
Kali kedua pada tahun 2012 oleh pengarah popular, James Cameron menggunakan kapal selam berwarna hijau yang direka khas dan berjaya mencatat kedalaman sejauh 10,908 meter.

Image Via : cbsnews.com
Yang terbaru, Victor Vescovo, seorang ahli perniagaan dan peneroka dasar laut, berjaya memecahkan rekod catatan kedalaman Mariana Trench sejauh 10,927 meter, juga menggunakan kapal selam yang direka khas.
Congratulations Victor Vescovo on diving to the bottom of the Mariana Trench. So sad that even in the deepest part of the oceans, plastic pollution cannot be escaped https://t.co/EfyUKHIh6T #readbyrichard pic.twitter.com/zvYtP8rHv0
— Richard Branson (@richardbranson) May 14, 2019
Disebabkan kedalaman laut yang melampau, kawasan dasar laut Mariana Trench yang juga dikenali sebagai Challenger Deep, merupakan kawasan yang paling gelap dan sejuk. Sebagai contoh, nak bagi korang bayangkan betapa dalamnya Mariana Trench ni, Gunung Everest yang setinggi 8,848 meter pun boleh tenggelam kalau berada di Challenger Deep.

Image Via : pikstagram.com
Kalau korang nak tengok sendiri macam mana keadaan kat dalam laut Mariana Trench, cuba korang tengok video yang berjaya dirakam masa James Cameron masuk ke dalam dasar laut Mariana Trench pada tahun 2012 kat bawah ni.
KATALAKI: Mungkin kita semua dah boleh bersatu untuk sama-sama kurangkan penggunaan plastik.