Macam yang korang tahu, sebuah permainan video terbaru yang berdasarkan watak-watak daripada Marvel akan dikeluarkan tidak lama lagi. Permainan video yang diberi nama Marvel’s Avengers ini merupakan permainan video bergenre action–adventure ini dihasilkan oleh Crystal Dynamics dan akan dikeluarkan oleh Square Enix.
Tapi aku agak risau sikit tentang permainan video ini sebab berdasarkan game-game yang diadaptasi daripada superhero, mostly akan menerima kritikan negatif yang sangat teruk dan gameplay yang ditawarkan mungkin juga tidak sebagus yang dorang hype masa pelancaran. Tapi bukan semua game–game superhero daripada Marvel menerima kritikan yang teruk. Masih ada game dorang yang diminati oleh peminat. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa Marvel game yang bagi aku agak bagus untuk korang main.
X-MEN ORIGINS: WOLVERINE

Image Via: https://www.1zoom.me
Walaupun movie X-Men Origins: Wolverine menerima kritikan yang sangat teruk, boleh dikatakan antara movie Marvel yang paling teruklah tapi berbeza dengan penerimaan peminat terhadap permainan video yang dorang keluarkan berdasarkan movie ini.

Image Via: http://www.fanpop.com
Permainan video X-Men Origins: Wolverine merupakan permainan video berciri hack and slash yang dikeluarkan pada tahun 2009 untuk Playstation 3, Xbox 360, PC, Nintendo Wii, Playstation 2, Nintendo DS dan Playstation Portable. Permainan video ini dihasilkan oleh Raven Software dan dikeluarkan oleh Activision.
LEGO MARVEL SUPER HEROES

Image Via: https://guides.gamepressure.com
Aku rasa kalau nak bandingkan semua game Marvel, game series daripada Lego selalunya menerima pujian daripada peminat. Seperti permainan video Lego yang lain, Lego Marvel Super Heroes telah mengambil pelbagai watak daripada Marvel Universe untuk dimasukan di dalam permainan video ini.

Image Via: https://guides.gamepressure.com
Dalam permainan video ini, korang diberi peluang untuk bermain dan memilih daripada 150 watak Marvel yang telah diletakan dalam game Lego Marvel Super Heroes ini. Setiap watak mempunyai gameplay dan skill dorang yang tersendiri jadi tak adalah korang bosan.
MARVEL ULTIMATE ALLIANCE

Image Via: https://www.impresspages.lt
Sebuah lagi permainan video yang dihasilkan oleh Raven Sofware untuk Marvel. Permainan video ini membawakan genre action role-playing video game dan telah dikeluarkan pada tahun 2006 untuk console Playstation 2, Playstation 3, Xbox dan Xbox 360.

Image Via: https://www.impresspages.lt
Marvel Ultimate Alliance memaparkan pelbagai watak superhero dan superviilain yang terkenal dalam Marvel Universe. Dalam game ini juga korang boleh bermain dengan tiga orang kawan korang yang lain. Aku paling suka dia punya storyline sebab bagi aku dia punya storyline sangat menarik dan aku rasa macam aku tengah tengok movie.
MARVEL’S SPIDER-MAN

Image Via: https://gamezillamedia.com
Kalau cerita tentang game–game Marvel yang best, memang tak lengkap kalau aku tak masukkan game Spider-Man yang dikeluarkan pada tahun 2018 ini. Marvel’s Spider-Man merupakan permainan video berbentuk action–adventure game yang dihasilkan oleh Insomniac Games dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment khas untuk Playstation 4.

Image Via: https://gamezillamedia.com
Bagi aku bukan sahaja graphic untuk game ini menarik tapi storyline yang dorang bawakan untuk permainan video ini juga bagi aku adalah storyline terbaik dalam semua marvel game yang pernah dikeluarkan. Kalau korang tak pernah main lagi Marvel’s Spider–Man, aku nasihatkan korang pergi beli cepat!
DEADPOOL

Image Via: https://www.scified.com
Kalau korang nak rasa main game sambil superhero borak-borak dengan korang, korang cuba main Deadpool. Bagi aku game Deadpool ini merupakan game yang paling fun dan storyline dia yang sangat lawak membuatkan korang tak rasa puas bila main game ini sebab korang still nak main lagi.

Image Via: https://www.scified.com
Deadpool merupakan superhero action–adventure video games yang dihasilkan oleh High Moon Studio dan dikeluarkan oleh Activision untuk PC, Playstation 3 dan juga Xbox 360 pada tahun 2013. Penulis untuk permainan video ini telah ditulis oleh penulis asal comic Deadpool iaitu Daniel Way.
KATALAKI: Salah satu sebab kenapa aku tak berapa nak minat game Marvel’s Avengers is korang boleh nampak betapa buruknya graphic dia berbanding game Marvel’s Spider–Man yang dikeluarkan tahun lepas!