Masalah Internet SEL vs JDT, Penjaga Stadium Shah Alam Bersuara

Aktif, Bola

Lebih kurang setahun je lagi kita nak masuk tahun 2020, tapi tak sangka internet masih lagi menjadi masalah utama dalam mutu penyiaran bola sepak Malaysia sekarang ni. Baru nak berangan naik kereta terbang. Baru-baru ni, masa perlawanan Liga Super antara Selangor menentang JDT, siaran langsung yang ditayangkan kat iflix agak kurang memuaskan dan membuatkan ramai peminat bola sepak Malaysia bengang.

Sumber: Facebook FA Selangor

Jenuh la orang maki syarikat telco ingatkan internet line kat smartphone yang lembab, rupanya memang ada masalah teknikal daripada MFL sendiri.

Menurut video yang dikeluarkan oleh MFL kat Twitter ni, nampaknya masalah internet tu datang daripada pihak tuan rumah sendiri yang gagal sediakan kemudahan internet untuk peminat bola sepak tempatan layan game Liga Super dengan aman.

Terima kasih gak la kepada Dez Corkhill, Head of Broadcast Malaysia Football League, yang berani untuk memohon maaf dan jelaskan kepada orang ramai mengenai punca dan masalah yang berlaku. Memang takde orang tempatan agaknya yang berani tampil dalam video untuk terima kecaman-kecaman orang ramai pasal bola sepak tempatan. Jom kita tengok respons orang ramai pasal video yang dikeluarkan oleh MFL ni.

Yang paling tegas bersuara, tentunya penjaga Stadium Shah Alam kat Twitter, Bang Stadium!

KATALAKI: Kita harapkan semoga semua pihak bersatu dan berusaha lagi untuk sediakan tayangan perlawanan Liga Super dengan mutu yang baik kepada peminat bola sepak Malaysia.

Last modified: 4 March 2019