Masih Hidup Walaupun Terjatuh 10,000 Kaki Dari Udara!

Sembang

ϟ Trending

Cuba korang bayangkan korang tengah naik kapal terbang tiba-tiba kapal terbang korang kena sambar dengan petir dan meletup. Korang dan penumpang yang lain terus jatuh menuju ke darat dan dalam semua orang yang naik kapal terbang tersebut, hanya korang sahaja yang terselamat.

Itulah yang telah berlaku kepada Juliane Koepcke, seorang warga Jerman. Pada December 1971, ibu kepada Juliane telah mengajak Julience untuk menjenguk ayahnya yang ketika itu berada di Panguana Ecological Research Station, Amazon.

Pada awalnya, ibunya mahu bertolak pada 20 December 1971 namun terpaksa postpone terlebih dahulu kerana Juliane harus menghadiri acara graduasinya terlebih dahulu. Mereka telah bersetuju untuk bertolak sehari sebelum Christmas. Namun pada hari kejadian, setibanya dorang di lapangan terbang semua flight telah fully book kecuali kapal terbang Lineas Aereas Nacionales Sociedad Anonima ataupun nama singkatannya LANSA.

Syarikat penerbangan LANSA mempunyai reputasi yang buruk daripada segi keselamatan dan ayah Juliane telah berpesan kepada dia dan ibunya untuk tidak mengambil kapal terbang daripada syarikat tersebut. Namun disebabkan mereka terdesak, mereka tetap menaiki kapal terbang LANSA.

Ketika dalam penerbangan, satu ribut petir telah berlaku. Juruterbang LANSA telah mengambil keputusan untuk meredah ribut tersebut dan tidak berpatah balik seperti sepatutnya mereka lakukan bila berdepan dengan situasi seperti ini.

Tanpa diduga, satu dentuman kuat telah berlaku pada sayap kanan kapal terbang tersebut. Enjin kapal terbang tersebut telah telah disambar petir dan satu lubang besar telah tercipta pada badan belah kanan kapal terbang. Semasa dalam keadaan kelam-kabut, Juliane sempat dengar ibunya berkata

“This is the end, it’s all over!” 

Ayat tersebut merupakan ayat terakhir yang Juliane dengar daripada mulut ibunya. Kapal terbang tersebut terus menjunam ke darat. Juliane ketika itu masih lagi berada dikerusinya. Disebabkan terlampau panik, Juliane telah pengsan sebelum mereka terhempas ke darat.

Ketika dia mula sedar, dia melihat keadaan yang sangat gelap dan dia tahu yang dia kini berada di dalam hutan. Dia berjaya lepaskan diri daripada serpihan kapal terbang tersebut dan oleh kerana terlampau penat, sekali lagi dia telah pengsan.

Setelah 19 jam berlalu, Juliane kembali sedar namun berasa sakit-sakit badan. Leher, bahu dan pergelangan tangannya terasa sakit, terdapat luka yang besar pada tangan kanannya dan mata belah kanannya telah membengkak. Cermin matanya juga telah hilang dan ini membuatkan dia sukar untuk melihat.

Juliane cuba untuk mencari ibunya. Disebabkan ayahnya pernah mengajar dia cara untuk survive di dalam hutan, dia mengambil keputusan untuk meletakkan tanda pada pokok-pokok yang dia lalui supaya dia tidak sesat. Dia cuba memanggil nama ibunya namun tiada siapa pun yang menyahut.

Dia terdengar bunyi kapal terbang di atas kepalanya dan tahu terdapat pasukan penyelamat yang sedang mencari mereka namun disebabkan oleh hutan yang sangat tebal, ini menyukar pasukan penyelamat untuk mengesan kapal terbang yang terhempas dan juga Juliane.

Dia terus berjalan bagi membolehkan diri dia lebih senang ditemui oleh pihak penyelamat. Dengan keadaannya yang cedera dan kelaparan, Juliane tetap meneruskan perjalanan sehinggalah dia terjumpa sungai kecil. Daripada situ dia berjalan mengikut arus sungai kerana dia tahu pasti akan ada penempatan di kawasan berhampiran dengan sungai.

Pada waktu malam, dia berehat dibawah akar-akar pokok yang besar. Luka ditangannya menjadi semakin parah apabila lalat mula menghurung dan juga bertelur pada lukanya. Selepas 6 hari berjalan disekitar sungai, akhirnya dia sampai di tepi pantai. Dia cuba menunggu kapal penyelamat di situ namun selepas 2 hari tiada satu kapal pun yang lalu.

Juliane semakin berputus asa dan takut tiada orang yang akan datang menyelamatkan dia. Dia kemudiannya meneruskan perjalanan melalui sungai dan berharap dapat pergi ke tempat yang lebih tinggi. Nasib dia baik apabila dia menjumpai sebuah sampan yang kemungkinan hanyut dibawa arus sungai.

Namun dia mengambil keputusan untuk tidak mengambil sampan tersebut kerana tidak mahu dianggap sebagai pencuri. Dia kemudiannya meneruskan perjalanan sehinggalah dia terjumpa satu pondok kecil yang telah ditinggalkan. Dia bernasib baik kerana di pondok tersebut terdapat sedikit minyak petrol dan dia menggunakan minyak tersebut untuk membasuh lukanya. Ini membuatkan ulat-ulat yang terdapat pada lukanya mula keluar.

Selepas beberapa hari berehat di pondok tersebut, Juliane terdengar suara orang sedang datang kearahnya. Dia bernasib baik kerana tiga orang peneroka telah menjumpai dia. Tiga orang peneroka tersebut membantu membersihkan lukanya dan memberikan dia makanan.

Selepas kenyang, mereka membawa Juliane menaiki sampan mereka dan membawanya keluar daripada hutan tersebut dan terus ke hospital dengan menaiki kapal terbang. Dia kemudiannya dirawat di hospital Pulcallpa.

Setelah terjatuh dari ketinggian 10,000 kaki dan sesat di dalam hutan Amazon selama 11 hari, Juliane akhirnya dapat menarik nafas lega kerana telah diselamatkan. Kapal terbang yang dia naiki telah mengorbankan 91 orang, 6 daripadanya adalah krew kapal dan Juliane merupakan satu-satunya orang yang terselamat!

KATALAKI: Juliane masih lagi hidup dan kini berusia 60 tahun dan berkhidmat sebagai seorang penjaga perpustakaan di Bavarian State Collection of Zoology!

ϟ Trending

Last modified: 20 September 2019