Masih Hidup Walaupun Tidak Makan Selama 382 Hari!

Sembang

Kita sebagai orang muslim sememangnya sudah biasa berpuasa pada bulan Ramadan selama 30 hari tapi pernah korang terfikir apa yang akan jadi pada diri korang kalau korang berpuasa lebih daripada 300 hari tanpa makan apa-apa pun?

Itulah yang telah dilakukan oleh Angus Barbieri pada tahun 1965 apabila dia bercadang untuk tidak makan apa-apa makanan sehinggalah dia mencapai berat badan yang dia inginkan. Dia bukan sahaja berjaya berpuasa selama 382 hari tapi dia juga memegang Guinness World Record bagi orang yang berjaya berpuasa dalam tempoh yang lama.

Sehingga sekarang, para saintis masih lagi mengkaji bagaimana Angus boleh survive dengan tidak makan apa-apa makanan selama 382 hari. Para saintis menyatakan manusia normal cuma mampu untuk hidup dengan tidak makan apa-apa makanan selama 40 hari sahaja.

Pada tahun 1965, Angus yang berusia 27 tahun telah dimasukan ke Maryfield Hospital, Scotland. Dia ketika itu mempunyai berat badan seberat 206KG dan dia telah memberitahu doktor yang dia telah bersedia untuk berpuasa dan doktor tersebut telah bersetuju untuk membantunya.

Pada mulanya, Angus tidak bercadang untuk berhenti makan dalam tempoh yang lama namun dia mendapati berhenti makan merupakan satu perkara yang mudah untuk dia lakukan. Selepas 40 hari, dia mendapati dia boleh teruskan lagi tanpa sebarang masalah walaupun doktor meminta dia berhenti berpuasa.

Pada hari ke 92, dia mula memakan potassium pill dan pada hari 345 dia mula memakan garam. Untuk minuman, dia hanya meminum minuman noncaloric seperti tea, coffee dan juga mineral water. Pada hari-hari terakhirnya, dia cuma memakan sedikit gula dan juga meminum susu.

Disebabkan dia tidak mengambil apa-apa makanan, dia hanya membuang air besar sekali sahaja setiap 38 hari. Ketika di hospital, dia tidak menerima apa-apa medical treatment walaupun selalu dikelilingi oleh doktor dan disebabkan itu dia dibenarkan untuk pulang ke rumahnya sendiri. Dia hanya datang ke hospital untuk melakukan medical checkup sahaja.

Setelah beberapa medical checkup dijalankan, doktor mendapati Angus mempunyai kadar glucose yang sangat rendah namun dia masih boleh melakukan kerja dan berfungsi seperti biasa tanpa perlu berbaring sahaja di atas katil. Namun Angus terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti bekerja.

Keputusan ini diambil bukan kerana dia tidak larat bekerja tapi disebabkan dia bekerja di kedai makan milik ayahnya dan dia merasakan perkara tersebut akan menjadi satu cabaran yang sangat besar bagi dirinya. Bayangkan korang nak diet tapi keliling korang penuh dengan makanan yang sedap-sedap, memang terus give up bro!

Pada 11 July 1966, Angus telah mengambil keputusan untuk berhenti berpuasa. Selama 382 hari berpuasa, dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 125KG. Daripada 206KG, dia telah berjaya mendapatkan berat badan sebanyak 81KG!

Pada hari terakhir dia berpuasa, dia mengambil keputusan untuk memakan satu telur rebus, sekeping roti dan secawan kopi. Walaupun nampak simple, Angus menyatakan dia telah lupa bagaimana rasa makanan sebenar dan dia berkata sarapannya pada hari itu merupakan makanan yang paling sedap dia pernah makan.

Walaupun dia boleh menurunkan berat badan dalam masa yang agak pantas, selepas 5 tahun dia berhenti berpuasa, berat badannya cuma naik sebanyak 7KG sahaja. Dia kemudiannya telah berpindah ke Warwick, England. Dia telah berkahwin dan mempunyai 2 orang. Selepas 24 tahun berhenti berpuasa, dia telah meninggal pada tahun 1990 yang mana ketika itu berusia 51 tahun.

KATALAKI: Aku satu hari tak makan pun dah nak pengsan bro!

Last modified: 3 October 2019