MasterRamen Bawa Pasukan Esports Malaysia Ke Sea Games 2019!

Game, Tech

Minggu ini, Esports Malaysia (ESM) telah melantik Firdaus Hashim ataupun lebih dikenali sebagai MasterRamen dikalangan peminat-peminat permainan video PUBG sebagai Pengurus Pasukan untuk semua pasukan Esports Malaysia ke Sukan Sea 2019 nanti.

MasterRamen bukanlah orang sebarangan. Walaupun dia sekarang dia lebih dikenali sebagai seorang streamer, dia sebenarnya telah berkecimpung dalam bidang Esports sudah lama lagi. Sebelum ini dia juga pernah mengurus beberapa pasukan esports terkenal.

Antara pasukan esports besar yang dia pernah uruskan adalah pasukan Sino Wander, Lowyat Net Esports, Mineski-X, Impervious, Arrow Gaming, Orange Taring, dan pasukan Bujang Lapok. Selain itu dia juga mempunyai pengalaman dalam Major Tournament yang diadakan di luar negara.

Antaranya adalah The International 4 di Seattle, Amerika Syarikat sebagai Pengurus, The International 6, Manila Masters, ESL One Manila, MCVS HONOR International Series 2018 di Perancis dan GMPGL Sea Finals di Manila.

Selain terlibat dalam Major Tournament di luar negara, dia juga menabur bakti dalam menguruskan beberapa Major Tournament yang diadakan di Malaysia. Contohnya adalah Selangor Cyber Games, Malaysia Cyber Games, ESL One Genting dan Malaysia Esports League.

Dia sekarang masih lagi berkhidmat sebagai Pengarah Mineski Events Team Malaysia Sdn Bhd dan juga merupakan salah seorang Facebook Gaming Content Creator. Aku yakin dengan pengalaman yang dia ada selama ini, dia mampu untuk menguruskan pasukan esports Malaysia dan membantu mereka semasa di Sukan Sea 2019 yang mana akan berlangsung pada November 2019 di Manila, Filipina.

Kata beliau semasa memberitahu penglibatan beliau dalam Sukan Sea 2019 nanti, beliau amat berbangga kerana telah terpilih untuk menguruskan pasukan Esports Malaysia pada Sukan Sea 2019 nanti dan berterima kasih kepada Esports Malaysia kerana memberikan kepercayaan ini kepada beliau.

Selain daripada menguruskan pasukan Malaysia di Sukan Sea 2019 nanti, beliau juga akan membantu pasukan-pasukan daripada Malaysia untuk mengenali budaya dan larangan di negara Filipina supaya pasukan-pasukan Malaysia dapat menjaga nama baik negara semasa bertanding di Filipina nanti.

KATALAKI: Mari kita doakan MasterRamen dapat membantu pasukan Esports Malaysia meraih pingat Emas!

Last modified: 25 July 2019