Meriah ke tak timeline media sosial korang masa sambutan tahun baru 2020 hari tu? Sama ada korang perasan atau tak, masuk je tahun 2020, meme terbaru dah pun mula tersebar kat Malaysia iaitu meme mengenai kereta terbang dan Wawasan 2020. Ini antara meme kereta terbang yang berjaya mencuit hati kecil kami yang mudah tersentuh ni.
Tengok member aku, dia da ada kereta terbang 🤘 pic.twitter.com/l0Y9MMWeJY
— zakwan (@benzaynudeen) December 31, 2019
First day biasala gugup nk bawak pic.twitter.com/ReqjtS67Xn
— Fahmi Firdaus (@fahmifiirdaus) January 1, 2020
BREAKING: Keadaan terkawal. Tiada kelibat kereta terbang. Sekian, melaporkan. @501Awatni pic.twitter.com/CfBwuU6qA9
— mdamiruzri (@mdamiruzri) December 31, 2019
Malaysians when the clock hit 12:00#Wawasan2020 pic.twitter.com/iEoOz1YqlH
— U-110 (@faizsyauqi) December 31, 2019
Pada tahun 1991, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4 Malaysia, Wawasan 2020 telah dibentangkan dalam satu kertas kerja yang bertajuk “Malaysia – The Way Forward”, bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Korang ingat lagi tak macam mana lagu Wawasan 2020?
Countries that still believe in hegemony will to only create friction, tension and instability.
Therefore, a multipolar world has to be combined with greater integration among friends and partners, as well as continued multilateral diplomacy in the global arena. pic.twitter.com/wtdQujYjtU
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 14, 2019
Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang – Tun Mahathir#AWANInews #AWANI745 #KongresPKR2019 https://t.co/iEyst0OY0c pic.twitter.com/3eA5uxsTD0
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) December 8, 2019
Sekarang ni tahun 2020 dah pun muncul dalam hidup rakyat Malaysia dan diakui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pada 8 Mei 2019, matlamat Wawasan 2020 gagal dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan atas sebab-sebab tertentu, kini digantikan dengan Wawasan 2025.
Wawasan 2020 tersasar, ganti Wawasan 2025https://t.co/gEjfeJ9zQN pic.twitter.com/ddjTbj1vPc
— Berita Harian (@bharianmy) May 8, 2019
Wawasan 2020 boleh dicapai pada 2025 – Dr Mahathir @chedetofficial https://t.co/lGITrubGzr pic.twitter.com/hc91HrcusL
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 11, 2018
Kalau korang ingat lagi, pada bulan Februari 2019, majoriti rakyat Malaysia terbeliak biji mata selepas berita mengenai kereta terbang di Malaysia diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2025.
‘Galak usahawan ceburi industri dron’https://t.co/ln03YvwmEE pic.twitter.com/PvM9vlhQZ7
— Berita Harian (@bharianmy) February 19, 2019
Prototaip kereta terbang pertama Malaysia tahun inihttps://t.co/TULezjd8S6 pic.twitter.com/wnB8YN8pxA
— Berita Harian (@bharianmy) February 26, 2019
Selain daripada Malaysia, Belanda juga antara negara yang tengah sibuk menyiapkan kereta terbang buatannya sendiri. Kereta terbang yang diberi nama PAL-V Liberty, juga dikenali sebagai kereta terbang pertama di dunia, telah dibangunkan sejak tahun 2001 dan dijangka akan mula dipasarkan pada tahun 2021. Yang bagusnya mengenai PAL-V Liberty ni, kita sebagai manusia ni dah boleh tengok macam mana rupa kereta terbang. Kereta terbang yang lain tak nampak lagi batang hidung.
There it is! The World’s First Flying Car Production Model. Unveiled at the Geneva International Motor Show, the PAL-V Liberty. After many years of research we solved the puzzle that has been pursued for the last 100 years, the flying car. pic.twitter.com/bkZKXppdYK
— PAL-V (@PALV_flyingcar) March 8, 2018
This is the PAL-V Liberty. A hybrid creation of a car and plane. pic.twitter.com/J80Q8Hcq0o
— CNBC (@CNBC) April 30, 2018
The PAL-V Liberty, a three-wheeled, two-seat flying car, will make its world debut for the Geneva Motor Show this week. https://t.co/uGf6TJpUCw pic.twitter.com/inxi0eyYNT
— euronews (@euronews) March 6, 2018
KATALAKI: Kereta atas darat pun tak mampu nak habis bayar, macam mana nak beli kereta terbang ni?!