Mat Pit & Tokan Dadah Guna Code Rahsia!

Sembang

Pada minggu lepas, Ibu Pejabat Polis Kotinjen Selangor telah mengadakan satu operasi membenteras penyalahgunaan dadah yang dipanggil sebagai Ops Ice Breaker. Operasi ini telah dijalankan disekitar Semenyih, Selangor. Segala perancangan operasi telah dibincangkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Semenyih, Selangor.

Menurut laporan 999 TV3MALAYSIA, operasi ini telah dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. Mat Pit ini dikatakan menjadikan kawasan ladang kelapa sawit sebagai tempat mereka melepas gian setiap hari. Operasi telah dimulakan pada jam 6 pagi.

Setibanya dikawasan yang disyaki, beberapa peralatan untuk mengisap dadah telah dijumpai untuk mereka melepaskan gian. Pihak berkuasa kemudiannya mengambil tempat masing-masing dan bersembunyi bagi melakukan serangan hendap terhadap Mat Pit yang disyaki akan tiba dikawasan itu tidak lama lagi.

Pada jam 8 pagi, seorang individu yang dipercayai adalah penagih telah muncul dikawasan tersebut. Mereka dikatakan selalu datang ke kawasan ini pada awal pagi untuk berjumpa dengan pengedar dadah bagi mendapatkan bekalan dadah mereka. Namun mereka tidak menyangka hari ini ada kejutan khas buat mereka!

Pihak berkuasa mula mengejar penagih-penagih ini dan ada diantara mereka cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal dan cuba untuk merempuh pihak berkuasa namun tidak berjaya. Seorang penagih berusia 40an yang ditahan mengatakan dia selalu datang ke sini pada awal pagi untuk mengambil dadah sebelum dia bergerak ke tempat kerja.

Penagih dan pengedar dikawasan ini nampaknya agak licik apabila mereka dikatakan mempunyai code rahsia sendiri bagi memasuki port mereka melepaskan gian. Namun code rahsia tersebut telah diketahui oleh pihak berkuasa dan mereka telah menyamar menjadi pengedar dadah bagi memerangkap penagih-penagih yang datang ke kawasan ini.

Beberapa jam kemudian, sebuah kereta dipercayai penagih telah berhenti dikawasan tersebut. Pegawai polis yang menyamar sebagai pengedar telah meminta code rahsia bagi membolehkan penagih ini memasuki kawasan tersebut. Sebaik sahaja penagih ini dapat masuk ke kawasan port rahsia itu, pihak berkuasa terus mengejar penagih tersebut untuk menangkapnya.

Walaupun penagih tersebut cuba melarikan diri, namun tindakan pantas anggota polis telah mematahkan rancangannya. Polis juga turut menahan seorang lagi penagih yang sedang menunggu dalam kereta tersebut. Mereka berdua rupanya adalah adik-beradik. Ketika ditanya sudah berapa lama mereka terlibat dalam najis dadah, mereka berdua menyatakan baru sahaja berjinak-jinak dengan dadah sejak awal tahun ini.

Mereka berdua dikatakan mempunyai perniagaan sendiri yang mereka menjual alat-alat kosmetik secara online. Mereka berdua dikatakan telah mengambil dadah jenis Methamphetamine ataupun dipanggil sebagai ICE. Mereka menyatakan datang ke kawasan sini dalam sebulan sekali untuk mengambil dadah.

ACP R. Sundramlingam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor turut hadir dalam operasi Ice Breaker ini. Dia menyatakan bagi memastikan tiada lagi aktiviti pengedaran dadah berlaku di kawasan ladang kelapa sawit ini, port dan tempat lepak yang dijumpai akan dihapuskan dan pihak berkuasa akan melakukan lebih banyak rondaan di kawasan ini.

Dalam operasi yang dijalankan selama 10 jam ini, pihak berkuasa berjaya menahan seramai 30 orang penagih dan seorang daripada mereka mempunyai dadah jenis Heroin. Kesemua penagih yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semenyih bagi melakukan ujian saringan air kencing dan proses seterusnya.

KATALAKI: Dah macam spy nak masuk siap pakai code bagai!

Last modified: 29 August 2019