“Mat Salleh” Travel 6,000 Batu Untuk Rasa Nasi Lemak

Sembang

Apabila kita inginkan sesuatu, kita semestinya akan membuat apa saja untuk dapatkan apa yang kita ingin. Sama ada untuk orang yang kita cintai atau juga untuk sesuatu yang kita ingin dan idamkan tanpa mengira apa-apa batasan sekali pun.

Ini lah yang terjadi kepada seorang usahawan online yang juga Youtuber bernama Darren Cronian selepas mengidam untuk merasai masakan nasi lemak.

Misi untuk travel ke Malaysia bermula apabila Darren terlihat sebuah gambar masakan nasi lemak di Instagram, Darren tidak boleh fikirkan benda lain selain daripada menikmati Nasi Lemak. Pada mulanya Darren cuba untuk mencari nasi lemak di restaurant Malaysia yang berada di sekitar Greece atau di negara jiran yang ada menjual nasi lemak, malang sekali tiada restaurant yang menjual masakan Malaysia.

Selepas misinya gagal untuk mencari nasi lemak berdekatan, Darren terus membuat keputusan membeli tiket flight untuk terbang ke Malaysia dengan harapan untuk merasa sendiri nasi lemak yang di idamkan. Darren berkata beliau tak sangka boleh terfikir untuk membuat perkara secara spontan ini, idea yang difikirkan kurang dari 48 jam membuahkan hasil untuk Darren travel ke Malaysia untuk menikmati sendiri masakan nasi lemak.

Selepas terbang selama 6,000 batu dari Greece, Darren telah berjaya jejakkan tapaknya di Singapura dan terus ke restaurant berhampiran yang menjual nasi lemak untuk peluang merasai nasi lemak buat pertama kali untuk melepaskan idamnya terhadap nasi lemak.

Ruang komen video yang dimuatnaik oleh Darren dibanjiri dengan netizen yang menyokong misi Darren ini, ada juga yang cadangkan untuk Darren mencuba masakan di belah pantai timur seperti nasi dagang dan ada juga beberapa warga antarabangsa yang menyokong serta tak sangka Darren sanggup travel ke Malaysia semata-mata untuk merasa nasi lemak.

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

SIAPA DARREN NI?

Image via: Thelaki.com.my

Darren merupakan seorang Youtuber yang berasal dari UK. Darren memulakan langkahnya sebagai seorang Youtuber apabila beliau membuat keputusan untuk berhenti jawatan kerja 9-to-5 yang beliau pegang selama 24 tahun untuk mengembangkan lagi impiannya untuk menjadi seorang Youtuber serta usawan online dengan mengembara ke pelusuk dunia dan dimuatnaik ke Youtube channel beliau.

Darren berkata Malaysia ibarat rumah ke-2 dan beliau amat suka berada di Malaysia, dan Kuala Lumpur merupakan bandar yang paling banyak dilawati oleh Darren. Untuk menyambut ulangtahun ke-5 selepas beliau berhenti kerja, Darren memilih Malaysia untuk meraikan ulangtahunnya. Darren berkata beliau ingin mengembara lagi ke serata Malaysia seperti di pantai timur, utara dan juga travel ke Borneo.

Kat atas ni kisah Darren dan obsesinya tentang nasi lemak. Tapi kalau korang tiba-tiba teringin nak makan nasi lemak, kami cadangkan usha video Mai Try Anwar Hadi & Mirza pergi ke 4 lokasi nasi lemak terbaik di KL.

KATALAKI: Nasib baiklah semua makanan senang nak cari kat Malaysia ni. Tak perlu travel jauh-jauh heee…

Last modified: 14 November 2019