Next Filem² Superhero Keluaran Marvel Studios

Sembang

Selepas keluarnya Avengers: Endgame, pasti ramai yang tertanya-tanya apa terjadi dalam Marvel Cinematic Universe selepas ini. Berdasarkan senarai movie yang dah confirm, Kita akan dapat melihat SpiderMan kembali beraksi didalam SpiderMan: Far From Home dan kembalinya James Gunn untuk mengarah Guardian of  The Galaxy 3 yang dikatakan akan menemui peminat pada tahun 2020.

Selain daripada sambungan movie superheroes yang dorang dah perkenalkan sebelum ini, aku dapat merasakan yang Marvel akan membawa masuk beberapa superheroes baru kedalam Marvel Cinematic Universe berdasarkan apa yang telah terjadi didalam Avengers: Endgame. So ini adalah senarai beberapa superheroes baru yang mungkin akan dibawa masuk ke dalam MCU pada masa hadapan.

THE ETERNALS

Baru-baru ini, pelakon terkenal Angelina Jolie dikatakan telah menerima tawaran untuk berlakon dalam satu movie Marvel terbaru iaitu The Eternals. The Eternal telah dihasilkan oleh Jack Kirby dan komik The Eternals isu pertama telah dikeluarkan pada July 1976.

The Eternals mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang dihasilkan oleh The Celestials apabila mereka datang ke bumi lima juta tahun yang lalu. Manusia-manusia ini telah digelar sebagai ProtoHumanity. Terdapat dua jenis Proto Humanity yang telah dihasilkan oleh The Celestials iaitu Eternals dan juga Deviants. Walaupun kedua kumpulan ini mempunyai superpower, The Deviants boleh dikatakan experiment yang gagal kerana bentuk mereka yang lebih kepada monsters berbanding Eternals yang lebih kepada manusia normal.

Untuk pengetahuan korang, Thanos merupakan generasi ketiga The Deviants. Ini terjadi apabila The Celestials juga turut datang ke planetnya iaitu Titan dan melakukan experiment yang sama terhadap kehidupan di planet tersebut sepertimana apa yang dorang dah buat dekat bumi.

SHANG-CHI

ShangChi atau lebih dikenali dengan panggilan Master of KungFu telah ditulis oleh Steve Englehart dan dilukis oleh Jim Starlin. Seperti gelarannya, ShangChi merupakan seorang yang pakar dalam seni bela KungFu dan Wushu.

ShangChi telah dilahirkan di Hu’nan, China dan merupakan anak kepada Fu Manchu iaitu seorang Chinese mastermind yang sentiasa mencari jalan untuk menakluki bumi. Namun ShangChi tidak tahu sifat sebenar ayahnya. Sejak dari kecil dia telah dilatih oleh ayahnya dengan pelbagai seni bela diri.

Namun semua rancangan ayahnya telah terbongkar apabila Ibu kandung Shang-Chi telah memberitahu siapa Fu Manchu yang sebenar. Sejak dari itu, ShangChi telah bersumpah untuk menghalang rancangan ayahnya untuk menakluki bumi. Dorang ini lebih kurang macam Batman dan Ra’s al Ghul dalam komik DC lah bagi aku hahaha!

POWER PACK

Power Pack merupakan satu superheroes team yang agak berlainan berbanding superheroes team yang ada didalam MCU. Sebab ahli-ahli yang ada dalam Power Pack merupakan sekumpulan budak kecil dan juga adik beradik!

Power Pack telah ditulis oleh Louise Simonson dan dilukis oleh June Brigman. Mereka diperkenalkan pertama kali pada komik Super Pack isu pertama pada August 1984. Komik ini telah bertahan selama 62 isu kemudian telah dihentikan pengeluarnya. Namun watak-watak daripada siri Power Pack telah muncul dalam siri komik Marvel yang lain.

Power Pack menceritakan tentang Alex, Julie, Jack dan Katie. Ayah dorang, Dr. James Power merupakan seorang physicist yang sedang mengkaji tentang energy daripada Antimatter. Namun tindakan untuk mengkaji Antimatter bukanlah sesuatu yang bijak kerana ianya boleh menyebabkan chain reaction dan mampu memusnahkan planet.

Kajian Dr. James telah diketahui oleh AelfryeWhiteyWhitemane, satu bangsa alien Kymellian yang mempunyai bentuk badan gabungan manusia dan kuda. Semasa hendak memberi amaran kepada Dr. James, Whitey telah diserang oleh satu lagi bangsa alien Zn’rx yang cuba mencuri kajian Dr. James. Dr. James dan isterinya telah diculik oleh Zn’rx dan empat orang anaknya telah diselamatkan oleh Whitey.

Sebelum Whitey mati, dia telah memberikan kesemua superpower yang dia ada kepada empat orang kanak-kanak ini dan telah mewariskan kapal angkasanya yang diberi nama Friday. So bermula daripada situ empat orang kanak-kanak ini cuba untuk menyelamatkan kembali ibu dan ayah dorang daripada bangsa alien Zn’rx.

KATALAKI: Tak sabar nak tengok yang akan terjadi dalam MCU Phase 4 nanti. Harap-harap tak mengecewakan!

Last modified: 15 May 2019