Membongkar Sejarah Italian-American Mafia!

Sembang

Aku rasa ramai di antara korang yang pernah tengok movie yang berkaitan dengan Italian-American Mafia contohnya macam movie The Godfather, GoodFellas dan juga The Sopranos. Dekat dalam movie kita tengok dorang ini boleh dikatakan satu kumpulan kongsi gelap yang sangat teratur.

Dorang bukan sahaja teratur tapi cara dorang bekerja juga sangat smooth sampaikan pihak berkuasa sangat susah nak dakwa dorang atas apa-apa kes jenayah yang ada kaitan dengan dorang. Tapi dari mana dan sejak bila wujudnya Italian-American Mafia ini? Hari ini kita akan membongkar sedikit tentang sejarah kewujudan Italian-American Mafia.

Italian-American Mafia atau lebih senang dipanggil American Mafia merupakan satu kumpulan organized crime yang mengambil inspirasi daripada kumpulan mafia pertama iaitu kumpulan Sicilian Mafia. Boleh dikatakan ke semua ahli dalam American Mafia ini berketurunan Itali dan mereka yang tidak mempunyai darah keturunan orang Itali cuma akan dijadikan sebagai Associates.

Dikatakan kumpulan Mafia pertama yang dibentuk di Amerika Syarikat adalah sebuah kumpulan yang dinamakan sebagai The Black Hand pada tahun 1869. Kumpulan ini mula mendapat perhatian di kawasan-kawasan kota New York.

Pada tahun 1920, Amerika Syarikat telah memulakan larangan untuk membuat, membawa dan juga menjual alkohol. Larangan ini telah membuatkan kumpulan Mafia ini mengambil keputusan untuk menyeludup alkohol secara haram dan menjualnya secara senyap-senyap dikawasan yang mereka kawal.

Disebabkan alkohol pada masa itu sangat sukar untuk dibeli, ia telah membuatkan permintaan untuk alkohol meningkat dan kumpulan Mafia ini berjaya menjualnya dalam harga yang tinggi dan mendapatkan keuntungan yang banyak.

Namun ini telah membuatkan beberapa geng kongsi gelap daripada bangsa lain berasa tidak puas hati dengan kekayaan yang dimiliki oleh geng Italian Mafia. Mereka mula menyeludup sendiri alkohol haram untuk mereka jual dan ini telah membuatkan beberapa pergaduhan kumpulan kongsi gelap yang besar.

Antara kumpulan kongsi gelap yang mereka terpaksa berlawan adalah kumpulan daripada orang Irish dan juga orang Jewish. Di kota New York, Frankie Yale iaitu orang kedua Al Capone telah berperang dengan kongsi gelap Irish yang menggelarkan diri mereka sebagai White Hand Gang.

Manakala di Chicago pula, Al Capone dan ahli kumpulannya telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap ahli kumpulan North Side Gang, satu lagi kumpulan kongsi gelap Irish. Walaupun mereka berjaya melawan kumpulan kongsi gelap daripada bangsa lain, tapi dalam diam ada ahli dalam kumpulan mereka yang tidak berpuas hati dengan satu sama lain.

Pada akhir tahun 1920, dua kumpulan terbesar Italian Mafia di Amerika Syarikat telah melancarkan perang antara satu sama lain. Satu bahagian telah diketuai oleh Joe Masseria dan satu lagi diketuai oleh Salvatore Maranzano. peperangan ini telah dinamakan sebagai Castellammarese War. Akhirnya Joe Masseria telah terkorban pada tahun 1931.

Selepas kematian Joe Masseria, Maranzano telah mengambil keputusan memecahkan kumpulan Mafia di New York kepada 5 kumpulan atau keluarga. Dia juga telah membuat beberapa undang-undang yang harus diikut oleh semua keluarga agar tiada lagi peperangan berlaku di antara dorang.

Lima keluarga Mafia New York adalah Gambino Crime Family yang diketuai oleh Vincent Manganom, Lucchese Crime Family yang diketuai oleh Tommy Gagliano, Genovese Crime Family yang diketuai oleh Lucky Luciano, Bonanno Crime Family yang diketuai oleh Salvatore Maranzano dan akhir sekali adalah Colombo Crime Family yang diketuai oleh Joseph Profaci.

Dalam semua crime family ini, terdapat beberapa jawatan yang dicipta bagi memastikan kumpulan ini bergerak dengan teratur. Yang paling atas sekali adalah Head of Family atau dipanggil sebagai Don ataupun Godfather. Semua keputusan mesti mendapat persetujuaan daripada Don.

Kemudian dia ada Underboss yang merupakan orang kedua berkuasa dalam satu-satu family. Biasanya semua aktiviti kumpulan akan diawasi oleh Underboss. Dalam membuat keputusan, Don ataupun Godfather biasanya akan berbincang dengan Consigliere. Kalau Consigliere bersetuju, barulah Don akan mengeluarkan arahan.

Lepas itu dia ada Caporegime atau lebih senang dipanggil sebagai Capo. Capo ini tujuan dia adalah sebagai ketua ahli-ahli bawahan. Biasanya setiap Capo akan menjaga lebih kurang 10 ke 20 orang ahli dan mereka bertanggujawab dalam memastikan anak-anak buah dorang melakukan kerja dengan berhati-hati tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Anak-anak buah yang dijaga oleh Capo ini dipanggil sebagai Soldier. Untuk menjadi seorang Soldier, mereka mestilah mempunyai darah keturunan orang Itali. Selepas mereka diterima masuk sebagai Soldier dalam satu-satu Family, mereka boleh dikatakan untouchable dan tiada siapa dapat menyentuh atau membunuh mereka tanpa arahan atau persetujuan daripada Godfather.

Akhir sekali adalah Associate. Associate bukanlah ahli dalam kumpulan Mafia tapi mereka masih melakukan kerja untuk Mafia Family. Tugas dorang lebih kurang sama dengan Soldier namun Godfather tidak mempunyai kuasa terhadap mereka. Andai kata mereka dapat membuktikan mereka betul-betul boleh diharap, barulah mereka akan dibawa masuk ke dalam Family dan dianggap sebagai Soldier.

Walaupun banyak kes-kes jenayah yang dilakukan oleh kumpulan Mafia ini, ada beberapa kes yang mana mereka telah membantu kerajaan Amerika Syarikat dalam menangani pelbagai misi-misi besar. Contohnya semasa perang dunia kedua, kerajaan Amerika Syarikat telah meminta bantuan Lucky Luciano bagi memastikan persisiran pantai New York selamat daripada serangan askar musuh.

Satu lagi misi adalah rancangan untuk membunuh Fidel Castro. Pada Ogos 1960, Colonel Sheffield Edward yang merupakan Director CIA telah mencadangkan satu misi untuk membunuh Fidel Castro yang mana akan dilakukan oleh pembunuh upahan daripada Mafia Family. Antara ahli kumpulan Mafia yang terlibat adalah Sam Giancana, Carlos Marcello, Santo Trafficante Jr dan John Roselli.

Biarpun mereka banyak terlibat dalam kes jenayah berat seperti merompak dan bunuh, Mafia Family boleh dikatakan kumpulan kongsi gelap yang sangat mementingkan semangat kekeluargaan.

KATALAKI: Antara Mafia punya movie, aku paling minat cerita The Godfather yang pertama!

Last modified: 16 October 2019