Meme Paling Popular 9GAG Minggu Ni

Sembang

Betapa suramnya hidup kita di zaman media sosial ni kalau takde meme. Sehari tak tengok meme rasa macam dah seminggu tak dapat makan kari. Hidup rasa macam tak lengkap. Nasib baik la ada 9GAG yang tak pernah berhenti melahirkan meme yang padu. Korang dah follow tak 9GAG kat Instagram?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 9GAG: Go Fun The World (@9gag) on

Baru-baru ni, 9GAG ada tunjukkan meme terbaik sepanjang minggu kat Instagram story kalau korang ada perasan. Kalau tak perasan takpe. Mari kita tengok meme popular mana satu yang pernah lalu kat timeline korang dan berjaya ke tak menghiburkan hati korang.

5. Neymar

Image Via : Instagram

Meme ni mula tercipta dan tersebar selepas pemain bola kesayangan Brazil, Neymar yang cedera dalam perlawanan persahabatan dan terlepas untuk beraksi dalam kejohanan Copa America 2019. Kalau nak tahu macam mana teruknya Neymar diasak, korang boleh baca kat sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 3n310ta 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

Neymar pun memang popular suka menjatuhkan badan bila diasak pemain lawan. Tu yang sambil baring pun boleh buang air kecil. Messi tu pergi tandas berteman ke?

4. Apple

Image Via : Instagram

Apple memang tak pernah berhenti bagi kita punchline dengan harga barangan dorang. Baru-baru ni, selepas Apple melancarkan Mac Pro yang terbaru, meme ni keluar disebabkan harga Apple monitor stand yang berharga $999 atau dalam Ringgit Malaysia dianggarkan berharga RM4,000. Kalau dah beli, monitor stand pun kena simpan dalam laci siap bermangga lepas ni.

3. Keanu Reeves

Image Via : Instagram

Sekarang ni kan zaman Keanuverse, semua orang tengah tergila-gilakan Keanu Reeves. Pelakon yang kini berusia 55 tahun, sekali lagi buat kejutan selepas buat kemunculan istimewa semasa pelancaran permainan video terbaru, Cyberpunk 2077. Betul la orang cakap, lelaki ni makin tua makin kacak dan laku. Aummm.

2. Toy Story

Image Via : Instagram

9GAG ni macam faham-faham je tengah bulan Syawal ni ramai yang buat story kat Instagram panjang berjela. Setiap kali salam raya, setiap kali tu la buat story. Meme ni versi video sebenarnya. Boleh tengok kat bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 9GAG: Go Fun The World (@9gag) on

1. Keanu Reeves Lagi dan Lagi

Image Via : Instagram

Kan dah cakap, sekarang ni semua benda pasal Keanu Reeves, semua orang suka. Memang kena lah dengan meme ni. Dalam filem terbaru Toy Story 4 nanti pun akan ada kemunculan suara Keanu Reeves sebagai Duke Caboom.

KATALAKI: Antara 5 meme popular ni, mana satu yang berjaya buat korang tersengih?

Last modified: 20 June 2019