Mengenali Isteri Diktator Korea Utara!

Sembang

ϟ Trending

Sebelum korang start baca article ini, aku nak tanya korang tahu ke tidak yang Kim Jong-un dah kahwin? Sebab aku sendiri baru saja tahu yang dia dah kahwin sejak dari tahun 2009 lagi. Tapi berbeza dengan isteri-isteri ketua negara yang lain, ramai orang yang tak tahu siapa dia isteri Kim Jong-un yang sebenar. Jadi hari ini jom kita berkenalan sikit dengan isteri diktator Korea Utara ini.

Isteri kepada Kim Jong-un ini namanya Ri Sol-ju. Tidak banyak info yang diketahui tentang Ri Sol-ju kerana media dan kerajaan Korea Utara seolah-olah cuba menyorok apa-apa info tentang isteri kepada Kim Jong-un ini. Beberapa info yang tidak dapat disahkan adalah dia dilahirkan antara pada tahun 1985 sehingga tahun 1989 yang bermaksud umurnya antara 30 sehingga 34 tahun.

Ri Sol-ju juga dikatakan telah mempunyai tiga orang anak selepas dia berkahwin dengan Kim Jong-un. Dia juga dikatakan dilahirkan dalam keluarga yang agak berada yang menetap di bandar pelabuhan Chongjin. Ayahnya dikatakan merupakan seorang professor dan ibunya pula dikatakan merupakan seorang doktor.

Sebelum berkahwin dengan Kim Jong-un, dia dikatakan menuntut di University Kim Il Sung, sebuah university terbesar di Korea Utara. Dia juga bergiat aktif dalam aktiviti cheerleader dan pernah ke Korea Selatan sebagai antara cheerleader yang terpilih mewakili Korea Utara di Asian Athletic Championship.

Pertama kali Kim Jong-un mengenali tentang kewujudan Ri Sol-ju adalah apabila dia telah muncul dikaca TV dalam satu rancangan yang disiarkan di Korea Utara. Ri Sol-ju dikatakan sangat gemar menyanyi dan pernah belajar vokal di China sebelum dia muncul dalam persembahan di State Unhasu Ochestra.

Ri Sol-ju juga dikatakan satu-satunya yang berani melawan peraturan yang telah dicipta oleh kaum kerabat pemerintah Korea Utara. Untuk pengetahuan korang, setiap isteri pemimpin Korea Utara tidak dibenarkan memotong rambut pendek namun Ri Sol-ju merupakan satu-satunya isteri pemerintah Korea Utara yang memotong rambut pendek.

Satu lagi dia gemar dengan barangan-barangan berjenama dari negara barat seperti Chanel dan Dior walaupun productproduct ini telah dilarang digunakan di Korea Utara. Penduduk Korea Utara diwajibkan untuk memakai lencana yang mempunyai gambar Kim Jong-un pada pakaian mereka namun Ri Sol-ju tidak berminat untuk mengikut peraturan tersebut dan hanya mengenakan keronsang pada pakaiannya!

Berkenaan dengan anak, seperti yang aku beritahu tadi Ri Sol-ju dikatakan telah mempunyai tiga orang selepas berkahwin dengan Kim Jong-un. Mereka dikatakan dua orang anak perempuan yang dikatakan dilahirkan antara tahun 2010 sehingga 2013 dan juga seorang anak lelaki.

Media juga telah melaporkan yang Ri Sol-ju tidak mahu mengandung untuk kali ketiga namun dia terpaksa menurut arahan kerana dua orang anak sebelum ini adalah perempuan dan Kim Jong-un memerlukan anak lelaki bagi memastikan dia mempunyai pewaris takhta.

Satu lagi perkara unik tentang kehebatan isteri Kim Jong-un ini adalah dia telah berjaya meredakan sikap Kim Jong-un yang panas baran. Disebabkan oleh Ri Sol-ju juga, wanita-wanita di Korea Utara telah dibenarkan untuk memakai seluar dan juga kasut tumit tinggi. Tak dilupakan mereka juga telah dibenarkan untuk menunggang basikal!

Pada tahun 2018, Ri Sol-ju merupakan isteri pemimpin Korea Utara yang pertama telah menghadiri Summit yang dihadiri oleh pemimpin dari seluruh dunia bersama-sama dengan isteri mereka. Ri Sol-ju juga dilihat sangat rapat dengan isteri pemimpin Korea Selatan iaitu Kim Jung-sook.

KATALAKI: Macam manalah Kim Jong-un boleh dapat wife yang lawa macam ni!

ϟ Trending

Last modified: 28 February 2020