Kenali Superhero Dari Negara Seberang!

Sembang

Nampaknya Indonesia dah maju setapak dari negara jirannya termasuklah Malaysia apabila mereka telah memperkenalkan universe superhero mereka sendiri yang mana digelar sebagai Jagat Sinema Bumilangit atau Bumilangit Cinematic Universe!

Mereka telah pun mengeluarkan movie superhero pertama mereka pada 29 Ogos yang lepas yang dipanggil sebagai Gundala. Filem ini telah dibintangi oleh Abimana Aryasatya, Tara Basro dan juga pelakon dari Malaysia sendiri iaitu Bront Palarae! Ia juga telah diarahkan oleh Joko Anwar iaitu pengarah yang sama mengarah movie Pengabdi Setan. Jum kita kenal sikit watak-watak superhero yang mana dikatakan akan diadaptasi dalam bentuk filem seperti Gundala juga!

GUNDALA

Gundala pertama kali telah diperkenalkan pada tahun 1969 dalam komik Gundala Putra Petir hasil lukisan Harya Suryaminata ataupun lebih dikenali sebagai Hasmi. Watak ini telah diinspirasi daripada watak watak lagenda orang Jawa iaitu Ki Ageng Selo.

Ki Ageng Selo dikatakan satu watak lagenda yang mempunyai kuasa sakti dan mampu menangkap petir dengan hanya menggunakan tangannya. Kalau ikutkan komik, watak utama dalam Gundala ini adalah Sancaka. Sancaka telah mendapat kuasanya apabila dia telah disambar petir namun telah diselamatkan oleh raja kerajaan petir iaitu Kaisar Kronz. Satu info menarik adalah nama Gundala telah diambil daripada bahasa jawa iaitu Gundolo yang bermaksud petir!

GODAM

Godam adalah watak superhero yang telah dicipta oleh Widodo Noor Slamet ataupun lebih dikenali sebagai Wid NS. Watak ini pertama kalinya telah diperkenalkan pada tahun 1969 dalam komik Memburu Doktor Setan. Kalau korang tengok watak Godam ini, mesti korang boleh nampak daripada mana sumber inspirasi dia.

Kalau korang nak tahu, storyline Godam ini lebih kurang macam storyline Superman. Godam merupakan makhluk dari planet lain yang dipanggil sebagai Godam. Ayah dan ibunya telah cuba melawan kekejaman Ratu Candalani namun tidak berjaya. Lalu dorang mengambil keputusan untuk menghantar Godam yang masih bayi ke bumi. Godam mempunyai superpower yang lebih kurang seperti Superman juga seperti super strengths, flying ability dan juga kekebalan.

AQUANUS

Aquanus juga merupakan watak superhero yang dicipta oleh Widodo Noor Slamet. Pertama kali watak Aquanus diperkenalkan adalah pada tahun 1968 dalam komik Aquanus Di Planet Vibhy. Storyline watak Aquanus ini juga lebih kurang seperti Superman tapi terdapat beberapa perbezaan daripada segi superpower.

Seperti Superman dan Godam, Dhanus yang masih lagi bayi dan merupakan anak kepada raja Sving telah dihantar ke bumi selepas planetnya iaitu planet Zyba telah diserang orang bangsa Burbur. Ketika sampai di bumi, Dhanus telah dijaga oleh keluarga nelayan. Dhanus ataupun Aquanus mampu bernafas dalam air dalam jangka masa yang lama dan dia mempunyai satu tali pinggang yang mana mampu memancarkan satu power beam yang dipanggil sebagai Sinar Pelangi. Watak dia lebih kurang macam Superman + Aquaman hahaha!

MERPATI

Merpati merupakan watak superhero wanita yang telah dicipta oleh Harya Suraminata. Ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 1977 dalam komik Pengantin Buat Gundala. Seperti watak-watak superhero yang lain, watak Merpati juga mempunyai sedikit inspirasi daripada watak superhero negara barat iaitu Wonder Women.

Merpati ataupun nama sebenarnya Sedhah Esti Wulan mendapat superpower apabila dia cuba menyelamatkan ayahnya yang telah diculik. Ketika dalam cubaan menyelamatkan ayahnya, dia telah terjatuh ke dalam satu gaung namun telah diselamatkan oleh segerombolan burung merpati. Burung-burung tersebut telah membawanya berjumpa dengan Ratu Merpati. Dia lalu telah dikurniakan superpower seperti mampu terbang dan dapat mencari arah dengan mudah. Dalam siri komik, Merpati telah berkahwin dengan Gundala.

SRI ASIH

Sri Asih merupakan satu lagi watak superhero wanita yang mana filemnya akan dihasilkan oleh Joko Anwar. Watak superhero ini telah dicipta oleh Raden Ahmad Kosasih ataupun dikenali sebagai R.A. Konsasih. komik ini pertama kalinya dikeluarkan pada tahun 1954.

Watak Sri Asih ini kita boleh anggap seperti watak Shazam tapi dalam versi wanita. Nani Wijaya merupakan nama sebenar watak ini dan apabila dia mengucap ayat “Dewi Asih“, dia akan berubah menjadi pahlawan yang mempunyai pelbagai superpower. Antara superpower yang dia ada adalah dia mampu terbang, kebal, super strengths, boleh klon diri sendiri dan mampu membuatkan anggota badannya membesar seperti gergasi!

KATALAKI: Tak sabar nak tunggu Gundala masuk wayang Malaysia. Nak tengok juga macam mana hasil movie superhero negara seberang!

Last modified: 4 September 2019