Menipu Dalam CS:GO – Pemain Kene Ban 5 Tahun!

Game, Sembang

Pada minggu lepas, satu tournament Extremesland Zowie Asia CS:GO 2018 telah berlangsung di Shanghai. Semasa perlawanan sedang berlangsung, seorang pemain dari team OpTic India telah ditangkap menipu dalam permainan dengan menggunakan aimbot hack.

Nikhil “Forsaken” Kumawat, telah ditangkap oleh penyelia permainan dan jugak cuba untuk memadam cheat ketika penyelia permainan sedang memeriksa PC nya. Saat itu telah dirakam dan telah tersebar di Twitter dan social media lain.

Disebabkan kes ini, team OpTic India telah dibubarkan sebaik sahaja permainan tamat. Nikhil pula telah di-ban selama 5 tahun dari apa saja kejohanan E-sport dan tidak dibenarkan berada dalam mana-mana team E-sport oleh ESIC (ESport Integrity Coalition)

Nikhil dikatakan turut menipu dalam tournament sebelum ini dan telah mengeluarkan satu statement berkaitan kes ini. Dia berkata dia menyesal akan perbuatannya dan berasa bersalah kerana disebabkan dia seorang, ahli OpTic India yang lain turut terkena tempias.

KATALAKI:  Jangan main cheat lain kali bro. biar menang sebab berbakat dan bukan disebabkan menipu

Last modified: 26 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *