Menjelang Copa America 2020, Ni Yang Korang Kena Tahu

Aktif, Bola

Selain daripada kejohanan UEFA EURO 2020 yang akan berlangsung pada tahun 2020 nanti, ada lagi satu kejohanan bola sepak antarabangsa yang perlu korang tahu iaitu Copa America 2020 yang akan melibatkan pasukan bola sepak negara-negara Amerika Selatan, berlangsung pada 12 Jun sehingga 12 Julai 2020.

Pasukan Yang Terlibat

Sebanyak 12 pasukan akan terlibat dalam Copa America 2020, 10 pasukan dari benua Amerika Selatan dan 2 pasukan dari benua lain akan dijemput untuk memeriahkan lagi Copa America 2020. 2 pasukan tersebut adalah Australia dan Qatar yang dijemput dari benua Asia.

Brazil, Colombia, Ecuador, Peru, Venezuela, Argentina, Bolivia, Chile, Paraguay dan Uruguay merupakan 10 negara dari benua Amerika Selatan yang akan terlibat dengan Copa America 2020.

TUAN RUMAH

Buat pertama kali sejak tahun 1983, 2 negara dipilih untuk menjadi tuan rumah Copa America 2020 kali ni iaitu Argentina dan Colombia. Perlawanan akhir nanti akan berlangsung di Colombia. Argentina dah dipilih sebagai tuan rumah ni, mungkin ada la kot peluang Lionel Messi menjulang piala Copa America 2020. Tu pun kalau Lionel Messi masih lagi nak beraksi dengan Argentina untuk Copa America 2020. Untuk info, Lionel Messi tak pernah lagi menang Copa America. Kali terakhir Argentina pernah menang Copa America adalah pada tahun 1993. Masa tu Gabriel Batistuta masih lagi bermain untuk Argentina.

PERJALANAN KE FINAL

12 pasukan yang terlibat dibahagikan kepada 2 kumpulan, 6 pasukan dalam setiap kumpulan. 4 pasukan yang berjaya mengumpul mata terbanyak dalam setiap kumpulan selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya iaitu peringkat suku akhir.

PASUKAN PALING BERJAYA

Sejak mula dianjurkan pada tahun 1916 yang dulu dikenali sebagai South American Championship sehingga tahun 1975 sebelum ditukarkan nama kepada Copa America, Uruguay merupakan negara paling berjaya dalam sejarah kejohanan Copa America, dah pernah menang sebanyak 15 kali, Argentina sebanyak 14 kali dan Brazil sebanyak 9 kali. Brazil juga merupakan juara bertahan selepas berjaya menjulang piala Copa America pada tahun 2019.

KATALAKI: Copa America 2020 berlangsung serentak dengan EURO 2020, memang muak la kita dengan bola masa tu.

Last modified: 5 December 2019