Menjelang Perlawanan Ketiga, Vietnam vs Malaysia

Aktif, Bola

Pada 10 Oktober 2019 nanti, Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan untuk perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi. Masa artikel ni disiarkan pada 3 Oktober 2019, Harimau Malaya dah pun mengharungi 2 perlawanan sebelum ni, menewaskan Indonesia dengan jaringan 3-2 dan kalah kepada UAE dengan jaringan 2-1.

Setakat ni, Malaysia berada di tempat ke-3 dalam kumpulan G dengan jumlah kutipan mata sebanyak 3 mata berbaki 6 lagi perlawanan.

Sebelum skuad Harimau Malaya bergerak menuju ke Hanoi untuk menentang Vietnam, Harimau Malaya akan menempuh perlawanan persahabatan terlebih dahulu untuk aksi panas badan menentang Sri Lanka pada 5 Oktober 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kalau nak dapatkan tiket untuk perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Sri Lanka, korang boleh tengok cara-cara dan harga yang ditunjukkan kat bawah ni.

Setakat 19 September 2019, Sri Lanka berada di kedudukan yang ke-202 dalam FIFA World Ranking dan Malaysia berada di kedudukan yang ke-158. Rasanya takde masalah untuk Harimau Malaya membenam Sri Lanka dalam perlawanan persahabatan kali ni memandangkan prestasi pemain-pemain Harimau Malaya yang semakin baik dan kali terakhir menentang Sri Lanka pada tahun 2018 sebelum ni pun, selamba Harimau Malaya belasah Sri Lanka.

KATALAKI: All the best untuk skuad Harimau Malaya dan penyokong yang akan turun ke Stadium My Dinh, Hanoi nanti!

Last modified: 3 October 2019