Menu Paling Simple Time Sahur

Sembang, ZAP, ZeKool

Setiap kali bulan Ramadan, rasanya waktu sahur lah antara waktu yang kadang-kadang kita tak tahu nak makan apa. Selalunya kita panas balik je lauk berbuka semalam. Yang ni confirm ramai yang buat. Bukannya apa, tak sempat nak masak untuk sahur. Azan subuh pukul 6 pagi, tapi bangun untuk sahur pukul 5.55 pagi. Jawabnya makan kurma je lah. Tambahan lagi baru bangun tidur kan, jadi mamai sikit lah nak kena masak-masak ni. Tapi jangan risau sebab kali ni aku akan share menu yang simple untuk korang sediakan waktu sahur.

TELUR MASAK KICAP

Ini merupakan menu kegemaran untuk rata-rata rakyat Malaysia. Pertama sebabnya adalah sedap, dan kedua sebabnya mudah untuk disediakan. Apa yang korang perlukan cuma beberapa biji telur (ikut berapa banyak nak makan), kicap manis, bawang dan juga cili padi kalau nak pedas. Telur tu digorengkan terlebih dahulu dan kemudian baru campurkan semua bahan-bahan tadi. Lebih kurang 5 minit dah siap masak. Makan dengan nasi panas-panas time sahur memang syok. Walaupun kena ke dapur untuk memasak, menu ni kira paling simple lah atas kuali dapur tu.

ROTI SANDWICH TELUR

Telur memang banyak digunakan untuk masak menu simple ni sebab ianya mudah di masak dan juga mampu membekalkan protein kepada badan kita sepanjang berpuasa. Bukan suka-suka tau masak telur ni. Bahan untuk roti sandwich ni pun mudah dan murah untuk didapati. Pergi je kedai runcit dan beli roti satu buku dan telur seberapa banyak yang korang nak. Jangan lupa mayonnaise dan juga mentega untuk penambah rasa.

Cara buatnya korang boleh rebuskan telur tu dulu, kemudian lenyekkan telur rebus bersama mayonnaise. Sapukan mentega pada roti dan letak campuran telur tadi. Kalau rajin boleh letak timun atau tomato sekali. Tu kalau rajin lah.

ROTI PEANUT BUTTER DAN PISANG

Selain telur, roti juga baik untuk membekalkan tenaga kepada badan kita sebab mengandungi karbohidrat. Dan pisang pula baik untuk sistem pencernaan dalam perut kita. Jadi menu simple seterusnya adalah gabungan roti dan juga pisang beserta peanut butter sebagai penyedap rasa. Cara sediakan menu ni adalah dengan sapukan peanut butter pada roti dan letakkan potongan pisang ke atasnya. Selesai.

SALAD BUAH-BUAHAN

Makanan yang mempunyai nutrisi yang seimbang amat penting terhadap tubuh badan kita. Selain minum air secukupnya sebelum berpuasa, makan makanan yang berkhasiat juga patut dijadikan amalan. Salad buah-buahan sememangnya mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan seperti buah epal, anggur atau buah yang mengikut citarasa korang. Lepas tu dressing salad buah beli je yang dah siap punya atau nak menarik sikit guna yogurt.

SUSU KURMA HOMEMADE

Ini pula adalah minuman favourite bulan puasa. Kalau rasa tak nak beli yang dekat kedai punya, korang boleh je buat susu kurma ni sendiri. Caranya korang rendamkan dulu 10 biji kurma yang dah dibuang bijinya dalam satu cawan air. Rendam satu malam ye. Kalau nak buat cepat boleh rendam 15 minit dalam air panas. Lepas tu masuk kurma tersebut bersama air rendaman ke dalam blender, dan masukkan juga susu minuman full cream sebanyak dua cawan. Kasi blend dan siap untuk diminum.

Jadi itu lah antara menu yang paling simple korang boleh buat waktu sahur. Tapi mana menu yang makan dengan nasi tu korang masak lah nasi juga. Takkan masak nasi pun malas pagi-pagi tu. Tak kisah lah makan apa pun waktu sahur, yang penting kita bangun dan makan lah mana yang ada dan sempat sebab yang penting kita nak dapatkan keberkatan pada waktu sahur.

THELAKI: Kadang-kadang menu simple time sahur ni boleh jadi menu berbuka juga…

Last modified: 27 May 2020